Majlis Bacaan Yasin & Tahlil pada 27 Mac 2016

As-Salihin Trustee Berhad telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil pada 27 Mac 2016 (Ahad) di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya.

As-Salihin menjemput waris-waris kepada pelanggan kami yang telah meninggal dunia dan yang kami uruskan harta pusaka mereka. Selain untuk merapatkan silaturrahim antara as-Salihin dan ahli waris, majlis ini juga bertujuan untuk menyatakan penghargaan kami atas bantuan dan kerjasama yang waris-waris berikan dalam kami menguruskan dan menyelesaikan pentadbiran harta pusaka arwah. Turut sama meraikan majlis ini adalah Pengerusi kami, Tun Dato’ Dr Hj Mohamed Salleh Abas.


 

 
 

 


 

 

 

About as-Salihin

Fast Guide