Gambaran keseluruhan tentang FATCA – Soalan Lazim

1. Apakah itu FATCA?

FATCA bermaksud Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA). Ia adalah undang-undang untuk membantu mengesan pengelakan cukai di Amerika Syarikat (A.S).

FATCA memperkenalkan regim laporan dan pegangan bagi pembayaran yang dibuat oleh Individu Amerika Syarikat kepada institusi kewangan asing tertentu dan entiti asing yang lain. FATCA berkuatkuasa pada 1 Julai 2014.

2. Apakah tujuan FATCA?

FATCA adalah bertujuan untuk meningkatkan ketelusan bagi Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (U.S IRS) berkaitan cukai pendapatan Individu Amerika Syarikat yang melabur dan memperolehi pendapatan melalui institusi-institusi di luar Amerika Syarikat. Matlamat utama FATCA adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan Individu Amerika Syarikat. FATCA mengenakan cukai pegangan apabila dokumentasi dan laporan yang terpakai tidak dipenuhi.

3. Bagaimana ianya memberi kesan kepada saya?

as-Salihin Trustee Berhad adalah institusi yang terlibat di bawah FATCA. Dalam hal ini, setiap kali anda berurusan dengan ibu pejabat as-Salihin, mana-mana cawangan atau Perancang Harta Islam kami (IEP) untuk produk atau perkhidmatan as-Salihin, pihak kami boleh meminta maklumat dan/atau dokumen lanjut mengenai status FATCA anda.

Sebagai sebahagian daripada pematuhan FATCA, as-Salihin juga akan memeriksa semula status FATCA pelanggan yang sedia ada untuk mengesahkan status FATCA mereka. Sekiranya perlu, pihak kami mungkin akan menghubungi pelanggan-pelanggan tersebut untuk maklumat lanjut dan dokumentasi sokongan.

FATCA akan memberi kesan kepada pelanggan individu dan korporat yang merupakan orang-orang Amerika Syarikat bagi tujuan cukai.

4. Apakah klasifikasi Individu Amerika Syarikat dan/atau U.S Indicia?

Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (U.S IRS) telah menakrif Individu Amerika Syarikat dan/atau U.S Indicia adalah seorang Individu atau Entiti yang mempunyai salah satu dan/atau syaratsyarat berikut:

i. Warganegara Amerika Syarikat

ii. Penduduk tetap Amerika Syarikat yang memegang Kad Hijau

iii. Lahir di Amerika Syarikat

iv. Penduduk atau mempunyai alamat surat menyurat di Amerika Syarikat

v. Mempunyai nombor telefon Amerika Syarikat

vi. Mempunyai arahan tetap untuk mana-mana akaun bank di Amerika Syarikat

vii. Memberi kuasa kepada mana-mana individu Amerika Syarikat untuk menandatangan atau melantik Surat Kuasa Wakil

viii. Menggunakan alamat “hold mail” atau “care of” di Amerika Syarikat sebagai alamat tunggal.

Untuk Pelanggan Korporat, istilah Individu Amerika Syarikat adalah seperti yang berikut:

i. Entiti ditubuhkan, didaftarkan atau diperbadankan di Amerika Syarikat atau di bawah undangundang Amerika Syarikat.

ii. Entiti tidak ditubuhkan, didaftarkan atau diperbadankan di Amerika Syarikat tetapi mempunyai Individu Amerika Syarikat yang memegang atau mempunyai saham lebih daripada 25%. Orang Amerika Syarikat yang memegang atau mempunyai saham tersebut boleh terdiri daripada individu atau entiti.

Dokumen sokongan lain dan maklumat lanjut mungkin akan diminta oleh as-Salihin untuk menentukan sama ada anda adalah orang Amerika Syarikat yang tertakluk di bawah FATCA. Jika perlu, kami akan menghubungi anda untuk maklumat lanjut dan dokumentasi sokongan. FATCA juga memberi kesan minimum bagi kebanyakan pelanggan yang bukan orang Amerika Syarikat. Tiada tindakan yang akan diambil, tetapi jika perlu, as-Salihin masih boleh menghubungi anda untuk maklumat lanjut dan dokumentasi sokongan.

5. Apakah maklumat dan/atau dokumen-dokumen yang saya perlu berikan kepada as-Salihin jika saya Individu/Syarikat Amerika Syarikat?

Dibawah keperluan minimum FATCA, as-Salihin perlu mengenal pasti jika prospek pelanggan/pelanggan baru samada mereka adalah Individu Amerika Syarikat atau terdapat sebarang US Indicia yang boleh diklasifikasikan sebagai Individu Amerika Syarikat. Proses mengenal pasti pelanggan baru ini perlu dilakukan dengan pelanggan tersebut mengisytiharkan FATCA status beliau di dalam Borang Deklarasi FATCA (“Borang FATCA”).

Oleh itu, setiap pelanggan baru mesti melengkapkan dan menandatangani Borang FATCA yang perlu dikemukakan bersama Borang Arahan as-Salihin. Soalan-soalan yang dijawab di dalam Borang FATCA tersebut akan menjadi sebahagian daripada proses 'Ketahui Pelanggan Anda’ oleh as-Salihin.

Pelanggan mungkin akan diminta untuk melengkapkan beberapa Borang U.S IRS (yang mana berkenaan) dan jika perlu untuk menyediakan beberapa dokumen yang relevan sekiranya terdapat salah satu U.S Indicia yang dikenalpasti semasa anda mengisi Borang FATCA tersebut. Borang U.S IRS tersebut boleh didapati di laman web U.S IRS.

i. Borang W-9 http://www.irs.gov/pub/irs-pdf/fw9.pdf

ii. Borang W-8BEN http://www.irs.gov/pub/irs-pdf/fw8ben.pdf

iii. Borang W-8BEN-E http://www.irs.gov/pub/irs-pdf/fw8bene.pdf

Borang-borang ini juga boleh didapati di ibu pejabat as-Salihin atau di semua cawangan kami dan dari IEP kami.

6. Apakah kesan ke atas saya jika saya tidak memberikan maklumat dan/atau dokumen yang diminta?

as-Salihin perlu mematuhi FATCA sepenuhnya. as-Salihin mungkin perlu melaporkan maklumat tertentu kepada pihak berkuasa (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia) berkaitan pelanggan yang tidak memberikan maklumat dan/atau dokumen yang diperlukan.

7. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam status FATCA saya?

Anda hendaklah memaklumkan kepada as-Salihin secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari berkenaan apa-apa perubahan terhadap status cukai anda yang berhubungkait dengan FATCA di bawah mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan.

Anda telah memberi jaminan bahawa anda telah memberikan kepada as-Salihin, semua dokumen atau maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh as-Salihin untuk mematuhi FATCA dan berkaitan dengan perubahan dalam status cukai dan hendaklah menyediakan semua dokumen yang diperlukan atau maklumat lain dalam tempoh tujuh (7 ) hari dari tarikh yang diminta oleh as-Salihin secara bertulis atau sebaliknya.

Kami ingin mendapatkan kerjasama penuh anda dengan memberikan kami maklumat dan/atau dokumen untuk tujuan FATCA tersebut sekiranya perlu. Ia adalah penting bahawa anda bertindak balas kepada semua permintaan dengan cara yang tepat pada masanya.

JIka FATCA memberi kesan kepada anda dalam apa jua cara, sila hubungi penasihat cukai profesional anda atau merujuk ke laman web U.S IRS, kerana as-Salihin tidak boleh menawarkan khidmat nasihat cukai profesional. Terima kasih kerana memahami dan memberi sokongan yang berterusan kepada as-Salihin.

About as-Salihin

Berita Terkini