Soalan Lazim GST

  1. Apakah itu GST?
    Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah cukai kepenggunaan berasaskan konsep nilai tambah. Ia adalah cukai untuk menggantikan Cukai jualan dan Cukai perkhidmatan (SST) yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

  2. Adakah perkhidmatan yang ditawarkan di as-Salihin dikenakan GST?
    Ya. Semua perkhidmatan di as-Salihin dikenakan GST. Sila layari laman sesawang Kastam sebagai rujukan.

  3. Bagaimana kiraan GST untuk perkhidmatan di as-Salihin?
    Semua perkhidmatan di as-salihin dikenakan cukai sebanyak 6% seperti yang tertera pada Tax Invois.

  4. Adakah wang pendahaluan untuk Wasiat, Harta Sepencarian dan Deklarasi Amanah dikenakan GST?
    Ya. Semua wang pendahaluan adalah tertakhluk pada GST.

  5. Adakah Tax Invois akan dikeluarkan untuk perkhidmatan di as-salihin?
    Pihak as-Salihin akan mengeluarkan nota bayaran sebagai rujukan bayaran perkhidmatan sebelum dokumen ditandatangani dan kemudian as-salihin akan mengeluarkan Tax Invois apabila dokumen telah lengkap ditandatangani dan bayaran penuh diterima.

  6. Berapakah jumlah GST yang perlu saya bayar jika saya mendapat potongan harga bagi perkhidmatan Penulisan Semula Wasiat?
    GST akan dikenakan ke atas jumlah selepas potongan harga.

  7. Adakah GST dikenakan untuk perkhidmatan pentadbiran Harta Pusaka dan pentadbiran Amanah?
    Ya. Semua perkhidmatan pentadbiran akan dikenakan GST.
    Untuk maklumat lanjut , sila rujuk laman sesawang Kastam Diraja Malaysia.

About as-Salihin

Berita Terkini