Mengapa as-Salihin

SIAPA KAMI?

as-Salihin ditubuhkan pada tahun 2004 untuk memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta hasil titik peluh mereka supaya orang-orang yang tersayang akan beroleh manfaat apabila mereka sudah tiada lagi, matlamat as-Salihin, adalah untuk menyediakan perkhidmatan, berkaitan perancang harta, yang berdasarkan prinsip Syari’ah.

as-Salihin adalah syarikat amanah yang pertama di Malaysia yang fokus terhadap perancangan harta pusaka Islam.

 

MENGAPA PILIH KAMI?

1. Berkekalan/Berterusan

as-Salihin adalah sebuah syarikat amanah dan sebuah syarikat yang berterusan. Dengan kakitangan sepenuh masa, akan sentiasa memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga pembahagian harta yang terakhir.

2. Bertanggungjawab dan adil

Tidak seperti pemegang amanah individu, as-Salihin sebagai badan yang dikawal oleh undang-undang mesti memastikan wang yang diamanahkan diurus, dijaga serta diagihkan dengan baik. Selain itu, sebagai badan korporat, as-Salihin bebas dan adil kepada semua benefisiari berbanding pemegang amanah individu yang mungkin mempunyai hubungan serta terikat dengan emosi terhadap benefisiari.

3. Professional dan Kemampuan

Dengan melantik as-Salihin , anda pasti berpuas hati dengan profesional dan kemampuan untuk menjalankan keseluruhan pentadbiran pada kos yang berpatutan.

4. Pengecualian daripada Bon Pentadbiran

Wasi adalah individu yang dilantik di dalam Wasiat untuk mengendalikan arahan dan kehendak Pewasiat. Sekiranya berwasiat, Bon Pentadbiran diperlukan jika tiada Wasi, di mana pentadbir akan dilantik dan diberi Surat Kuasa Mentadbir dengan Wasiat. Bon Pentadbiran diperlukan jika nilai kasar harta pusaka melebihi RM50,000 kecuali Syarikat Amanah dilantik sebagai Pentadbir. Sebagai Syarikat Amanah, as-Salihin dikecualikan daripada keperluan Bon Pentadbiran.

5. Proses undang-undang yang segera

Dengan melantik as-Salihin sebagai Wasi anda, proses undang-undang untuk mentadbir harta anda selepas kematian dapat dijalankan dalam masa yang singkat dan tiada pertelingkahan untuk melantik pentadbir harta.

6. Kemudahan

Di as-Salihin kami menyediakan perkhidmatan untuk kemudahan anda - Perancang Harta Islam kami bersiap sedia membantu anda pada bila-bila masa dan di tempat bersesuaian dengan anda.