Penjagaan Harta Kanak-kanak

Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).

Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah (custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.

Terdapat dua kategori penjagaan:

  • Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta, menggadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
  • Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut urutan berikut:

  • Bapa
  • Datuk lelaki di sebelah bapa
  • Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
  • Wasi kepada wasi bapa
  • Wasi datuk di sebelah bapa
  • Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.