Pri-Warisan

APAKAH ITU Pri-WARISAN?

Pri-WARISAN merupakan satu pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad. Dicipta untuk mengurangkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dan membantu ahli waris dalam menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka. Sebagai pakar perancangan harta pusaka di Malaysia, as-Salihin amat memahami bahawa terdapat banyak kesulitan yang perlu ditempuh dalam menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka, ini termasuklah penutupan akaun bank, penglupusan pinjaman dan hutang si mati, termasuklah menyelesaikan cukai pendapatan, penyerahan dokumen-dokumen perundangan ke Mahkamah Tinggi, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, dan institusi-institusi kewangan.

Segala kesusahan yang perlu dihadapi oleh ahli waris ini akan dapat dielakkan sekiranya anda melanggan pakej Pri-WARISAN. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah untuk menghubungi kami bagi mendapatkan perkhidmatan pakej Pri-WARISAN ini, dan mendapatkan bantuan daripada professional-professional kami yang terlatih.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI MELALUI Pri-WARISAN

Berapa besar manfaat yang akan diperolehi oleh anda adalah bergantung kepada adakah as-Salihin dilantik sebagai Wasi dalam Wasiat anda:

  • Nikmati kadar diskaun antara 20% untuk fi Perwasian dalam pentadbiran harta pusaka (terpakai kepada harta pusaka bernilai RM500,000.00 dan ke atas).
  • Nikmati kadar diskaun sebanyak 20% untuk perkhidmatan pentadbiran Amanah Hayat dan Pentadbiran Harta Amanah.