Dari Meja Presiden/CEO

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang ke laman web kami !

Sempena dengan ulangtahun ke 10 penubuhan syarikat kami, saya berbesar hati untuk melancarkan laman web terbaru as-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin). Saya percaya anda akan melihat beberapa perubahan ke atas laman web ini atas usaha kami untuk menyediakan portal yang lebih menarik dan mudah diakses oleh Perancang Harta Islam, Pakatan Strategik dan orang awam dengan lebih informasi mengenai produk dan servis, aktiviti, acara dan sebagainya.

Ciri-ciri baru laman web baru ini adalah:

  • Kemudahan dalam capaian informasi menggunakan teknologi terbaru yang membolehkan akses daripada berbagai peranti;
  • Navigasi mesra pengguna dan akses yang mudah kepada borang-borang; dan
  • Ruangan khusus untuk ahli Golden Club sebagai menghargai usaha dan kerja keras mereka.

Adalah menjadi harapan saya bahawa anda juga teruja mengenai ciri-ciri baru laman web ini sepertimana saya. Sila layari laman web baru kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai as-Salihin.

 

Yang benar,
Abdul Aziz Peru Mohamed
Presiden/CEO
Mei 2014

About as-Salihin

Fast Guide

Berita Terkini