Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi b. Hj. Abdul Majid

B. Sh (N.P), M. Sh (Azh) M. Phil (Kent)
Ph.D (UM) Dip. Edu (A. Shams)

Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam

Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi b. Hj. Abdul Majid merupakan Profesor di Universiti Islam Antarabangsa. Beliau sebelum ini telah lama berkhidmat di Universiti Malaya. Beliau mempunyai beberapa Ijazah yang berkenaan dengan Syariah daripada Malaysia dan luar negara, iaitu, Bachelor Syariah dari Nilam Puri, Master Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Master Falsafah daripada Universiti Kent dan Doktor Falsafah daripada Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai Diploma Pendidikan daripada Ain Shams dari Mesir.

Beliau adalah Pengarah di Akedemi Pengajian Islam di Universiti Malaya dari tahun 1995 sehingga 1990 dan kemudian beliau menjadi Dekan di Fakulti Syariah Universiti Malaya. Bidang beliau meliputi tiga cabang iaitu, Sejarah Undang-undang Islam, Prinsip Pengajian Islam dan Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam.

Prof. Dato’ Dr. Mahmood merupakan seorang penulis yang berbakat, telah menerbitkan beberapa buku syariah selama beberapa tahun termasuk Ke arah Merealisasikan Undang-undang Islam di Malaysia (1998), Undang-undang Keluarga Islam: Konsep dan Perlaksanaannya di Malaysia (1992), Undang-undang Jenayah Islam: Konsep Dan Asas Perlaksanaannya (1992), Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia (1997), Dinamisme Pengajian Syariah (1997), Sejarah Pembinaan Hukum Islam (1998), Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam Malaysia (1999), Wakaf dan Perlaksanaannya di Malaysia (2000), Pentadbiran Zakat (2003), Pengurusan Zakat (2003) dan Ulama Penggugat Zaman (2004). Antara beberapa artikel yang ditulis oleh Prof. Dato’ Dr. Mahmood termasuk Fiqh Malaysia: Konsep dan Cabaran (2000), Peranan Zakat Dalam Pembangunan Ummah (2002) dan Teori Politik Islam: Memahami Siasah Syariah (2003). Prof. Dato’ Dr. Mahmood adalah penerima Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang dikurniakan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan.