Professor Madya Dr. Siti Mashitoh binti Mahamood

B. Sh. (UM), M.Sh. (UM),
Ph.D (Birmigham)

Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Professor Madya Dr. Siti Mashitoh binti Mahamood memperolehi Ijazah Syariah (Kepujian Kelas Pertama) daripada Universiti Malaya pada tahun 1992. Pada tahun 1996, beliau dianugerahkan Master of Syariah oleh universiti yang sama. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam jurusan yang sama di United Kingdom dan memperolehi Doktor Falsafah di dalam Pengajian Islam daripada Universiti of Birmingham. Selain daripada menjadi Ketua Jabatan di Jabatan Undang-undang Syariah di Universiti Malaya, beliau juga adalah pensyarah bagi program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Universiti dalam subjek yang meliputi bidang pengajian beliau, iaitu, Undang-undang Harta Islam dan Pentadbiran Harta Orang Islam di Malaysia (termasuk Baitulmal, Wakaf, Zakat, Hak Pewarisan, Hibah, Wasiat dan Penamaan Harta).

Dr. Siti Mashitoh juga telah mengendalikan berbagai-bagai kajian di dalam Wakaf dan Hibah. Beliau yang merupakan seorang penulis yang berbakat dan telah menerbitkan beberapa buah buku dan artikel termasuk Bagaimana Membuat Wakaf ( 2001), Undang-Undang Ancam Tanah Wakaf (2001), Wakaf dan Syariah di Malysia (2001), Harta Wakaf Tiada (2001), Bersedekah Jariah Melalui Amalan Perwakafan (2001), The Legal Principles of Waqf: An Analysis (2001), Pewaris Kajian terhadap pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan (2002), Keperluan Asas Perwakafan (2002), Siapakah Yang Layak Menerima Wakaf (2002), Apakah Harta Yang Boleh Diwakafkan (2002), Perlaksanaan Istibdal Dalam Pembangunan Harta Wakaf di Malaysia (2002), Undang-Undang Pentadbiran Harta Wakaf di Malaysia (2003), Prinsip Undang-undang Wakaf di dalam Malaysia: Suatu Penilaian (2003), Pengurusan Masjid Menurut Perspektif Undang-Undang di Malaysia (2004), The Administration of Waqf in Malaysia (2005) and Waqf in Malaysia: Legal Perspectives (2005).

Dr. Siti Mashitoh juga telah menyertai beberapa seminar / bengkel di mana beliau telah membentangkan topik Towards Management of Professional and Competent Wakaf Asset, Administration of Mosques According to the Malaysian Law Perspectives, The Administration of Wakaf, Wills and Hibah in Malaysia, The Implementation of Istibdal in the Development of Wakaf Properties in Malaysia and How to Constitute Wakaf. Dr. Siti Mashitoh juga telah muncul di dalam beberapa temu ramah dan perbincangan di stesyen televisyen di dalam negara berkenaan dengan subjek yang berkaitan dengan kepakaran beliau. Beliau juga telah menyumbangkan beberapa artikel untuk majalah yang berkaitan seperti Dunia Islam, Perempuan and Anis dari masa ke semasa.