Prof. Dato' Salleh Buang

Lincoln’s Inn, Barrister Konsultan,
Pengarang dan Kolumnis

Prof. Dato' Salleh Buang dahulunya berkhidmat di Pejabat Ketua Peguam Negara di Kuala Lumpur sebelum menjadi Peguambela & Peguamcara, menyertai sektor korporat dan akademik. Pada masa ini, beliau merupakan Konsultan sepenuh masa, penulis dan kolumnis mingguan di dalam akhbar “New Straits Times”. Beliau terlibat secara aktif di dalam memberikan ceramah umum dan latihan kepada sektor awam dan swasta. Pada masa ini, beliau mengajar pelajar-pelajar sarjana yang mengambil program luar kampus yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia di Alor Setar, Kedah.