YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd. Na’im Hj. Mokhtar

LLB (UIAM), LLM (London), DSLP (UIAM), DAIJ (UIAM), Ph.D Sh. (UKM)

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor

YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd. Na'im Hj. Mokhtar, kini merupakan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Beliau juga dilantik oleh YAB Perdana Menteri untuk menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam. Beliau juga berkhidmat sebagai panel dan ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau juga pernah dilantik sebagai Profesor Adjang oleh Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2012.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Cheavening Felo Pelawat Malaysia di Oxford Centre For Islamic Studies, Universiti Oxford, United Kingdom bagi tahun 2008/2009. Beliau pernah dilantik sebagai Felo Pelawat di Harvard Law School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat dan akan berkhidmat di Universiti Harvard pada bulan Februari 2013 sehingga Mei 2013. Dato’ Dr. Mohd Na'im telah dilantik sebagai Pemeriksa Luar bagi calon PhD Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Undang-undang di UIAM 1990-1997. Beliau kemudian menjadi Peguam Syarie di Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan dan Peguambela & Peguamcara Malaya pada tahun 1997 hingga 1998. Pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah Petaling sehingga tahun 2001. Beliau telah menjadi seorang Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari tahun 2001 sehingga 2003. Pada tahun 2003, beliau telah dilantik oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai pegawai penyelidik sehingga tahun 2005. Beliau juga merupakan pensyarah di UKM dan UIAM pada tahun 2003 sehingga 2008. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Wilayah Persekutuan Agama antara 2007-2008.

Dato’ Dr. Na'im telah mengambil bahagian dalam seminar tempatan dan antarabangsa bidang pengkhususan beliau. Beliau juga telah membentangkan kertas kerja mengenai undang-undang keluarga, subjek syariah dan topik berkaitan di persidangan tempatan serta forum luar negara. Dato’ Dr. Na'im juga menganggotai beberapa Lembaga Penasihat Syariah bank-bank Islam tempatan dan asing dan syarikat takaful.