Encik Abdul Aziz Peru Mohamed

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

  • RHB Bank Berhad,
  • RHB Investment Bank Berhad
  • RHB Asset Management Sdn Bhd
  • RHB Insurance Berhad
  • PT RHB OSK Securities Indonesia
  • RHB Islamic International Asset Management Berhad

Encik Abdul Aziz Peru Mohamed merupakan bekas seorang Pengurus Besar Kanan di AmBank Group, iaitu salah satu institusi kewangan yang terbesar di Malaysia dimana beliau telah mengetuai Bahagian Jualan (Retail Banking). Sebelum itu, beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di Maybank iaitu salah satu institusi kewangan yang inovatif dan berjaya. Beliau telah memikul berbagai jawatan penting termasuklah tanggungjawab dalam mengurus semua cawangan-cawangan Maybank. Beliau bertanggungjawab membentuk kumpulan jualan yang pertama di bank tersebut dan memikul banyak tanggungjawab dalam menyusun strategi pengurusan portfolio yang berkaitan pelanggan, produk-produk dan perkhidmatan jualan yang merangkumi pinjaman pelanggan, kad kredit dan debit, deposit, stock/saham kemudahan perniagaan, Bank assurans serta saluran dan perkhidmatan penghantaran elektronik.

Sepanjang beliau berkhidmat dalam industri ini, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi bagi Jawatan kuasa peraturan-peraturan Persatuan Bank-Bank Malaysia dan beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting termasuklah sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi Mayban Property Trust dan Mayban Trustee Berhad. Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan model perniagaan bank ansurans di Maybank sejak ia dilancarkan pada tahun 1995 dan beliau turut memajukan perniaggan berikut di Ambank. Sepanjang kariernya di dalam bidang perbankan, En. Aziz Peru telah menghadiri pelbagai program latihan di Business School Harvard dan program-program latihan di Pacific Bankers di Amerika Syarikat.

Ternyata pengalaman dalam bidang perbankan tidak disia-siakan oleh beliau dan pada tahun 2011 beliau dilantik pula sebagai Independent Non-Executive Director bagi RHB Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad, RHB Asset Management Sdn. Bhd.,  RHB Insurance Berhad, PT RHB OSK Securities Indonesia dan yang terbaru RHB Islamic International Asset Management Berhad