Dato' Dr. Ashar Abdullah

S.M.P., D.I.M.P., D.P.M.P
M.D., M.R.C.O.G, M.O.G, F.A.M.M., F.R.C.O.G
Konsultan Obstetrik dan Ginekologi

Dato’ Dr. Ashar adalah seorang konsultan dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai sebuah klinik pembedahan di Hospital Pakar Ampang Putri yang beralamat di No. 1, Jalan Mamanda, 68000 Ampang Selangor. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pegawai perubatan di Jabatan Pesakit Jiwa di Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Pegawai Perubatan di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Besar Kangar, Perlis. Bermula dari 1984, beliau telah bekerja sebagai Pensyarah Pelatih di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kemudiannya telah menjadi Pensyarah dan Pakar Klinikal di jabatan yang sama bermula dari 1.2.1992 – 30.4.1995.

Dato’ Dr. Ashar juga adalah merupakan ahli seumur hidup Persatuan O&G Malaysia dan juga Akademi Perubatan Malaysia serta menjadi Fellow kepada Royal College of O&G United Kingdom dalam tahun 2004. Sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah di anugerahkan Anugerah Setia Mahkota Pahang pada tahun 1999 dan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2005 dan Darjah Paduka Mahkota Perak 2006.