Tunku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa

D.S.D.K., J.P.,
L.L.M., (Miami), Ph.D
(Miami) of Lincoln's Inn, Barrister,

  • Peguambela dan Peguamcara
  • Pengasas Yayasan Tun Suffian Berdaftar
  • Pemegang Amanah/ Ahli Tribunal "Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War"


Tunku Dato’ Dr. Hajjah Sofiah Jewa merupakan anak saudara kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra dan juga merupakan sepupu kepada Yang Teramat Mulia Sultan Kedah, adalah seorang penguambela dan penguamcara dan penulis yang berbakat yang menerbitkan beberapa buku falsafah undang-undang termasuk Public International Laws – A Malaysian Perspective (pada tahun 1996) dan Malaysian Election Laws (pada tahun 2003).

Beliau telah diterima sebagai peguam di Lincoln’s Inn pada tahun 1970 dan beliau memegang ijazah sarjana iaitu, Master Undang-undang (LLM) dan Doktor Falsafah di dalam Undang-undang Antarabangsa (PhD) daripada Universiti Miami. Beliau merupakan ahli Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya dari tahun 1976 hingga 1982 di mana beliau menjadi pensyarah Public International Law, Malaysian Legal System, Equity and Trusts.

Pada tahun 1996, sebagai rakan kongsi di dalam firma guaman beliau pada masa itu turut membantu Kerajaan Malaysia dalam menderaf Civil Aviation Regulations 1996. Pada tahun 2003 beliau berkhidmat sebagai salah seorang ahli Kumpulan Kaunsel Undang-undang yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjadi penasihat Kerajaan Malaysia dalam Isu Air Malaysia – Singapura. Tunku Sofiah wanita pertama yang menerima pingat Justice of Peace daripada Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan pada tahun 1990. Pada tahun 2000, beliau telah dianugerahkan Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Yang Teramat Mulia Sultan Kedah.

Pada tahun yang sama, Yang Teramat Mulia Sultan Kelantan mengurniakan beliau Dato’ Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK). Pada tahun 2002, Tunku Sofiah telah mengasas Yayasan Tun Suffian Berdaftar dan menjadi Ahli Lembaga Amanah di mana Ketua Hakim Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin bin Hj Abdullah adalah pengerusinya dan Menteri Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim adalah salah seorang daripada ahlinya.