Polisi PDPA

Dasar Privasi as-Salihin Trustee Berhad

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, as-Salihin akan memastikan data peribadi anda terpelihara. Justeru, kami ingin memaklumkan bahawa kami akan mengikuti rang undang -undang yang berhubung dengan pengumpulan, penggunaan dan pengurusan data peribadi anda.

Di bawah dasar ini, kami akan memastikan bahawa penggunaan data ini hanya untuk perniagaan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh as-Salihin sahaja. Untuk makluman, kami menyediakan polisi ini agar anda memahami proses yang berkaitan.

Data yang akan diterima oleh as-Salihin atau perancang harta Islam as-Salihin seperti di bawah:

  • Nama
  • No. Kad Pengenalan/ No. Pasport.
  • Maklumat Keluarga
  • Maklumat Butiran termasuk Nombor Telefon Rumah, Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email dan Alamat surat menyurat
  • Lain-lain maklumat peribadi yang diperoleh daripada sebarang dokumen undang-undang termasuk Polisi Takaful/Insurans, Surat Kuasa Mentadbir, Probet, Surat Kuasa Wakil, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian.

Bagaimana data peribadi dikumpulkan:

  • Apabila anda mendaftar untuk membeli produk dan perkhidmatan daripada kami atau perancang harta Islam kami;
  • Apabila anda berminat untuk mendaftar dengan kami atau perancang harta Islam kami dengan membeli produk dan perkhidmatan;
  • Apabila anda menghadiri ceramah dan seminar;
  • Apabila anda melawat laman sesawang atau laman sosial kami;
  • Dari pelbagai urus niaga atau pertanyaan atau komunikasi yang dibuat dengan atau kepada kami atau perancang harta Islam kami;
  • Daripada sumber pihak ketiga seperti“credit reference agencies”, “fraud prevention agencies” dan sumber maklumat umum.

Perkhidmatan perancangan harta kami merangkumi penyediaan Wasiat dan Amanah, kami akan memproses data yang telah dikumpul bagi tujuan seperti berikut;

  • Untuk memudah kan penulisan wasiat dan instrumen perancangan harta lain seperti yang anda inginkan;
  • Untuk memudahkan penggubalan deraf amanah seperti yang anda inginkan;
  • Untuk tujuan bil dan kewangan, termasuk bayaran untuk perkhidmatan as-Salihin (dan semua transaksi yang berkaitan dengannya), perakaunan dan cukai;
  • Untuk tujuan pentadbiran;
  • Untuk memenuhi keperluan perundangan;
  • Untuk tujuan perhubungan;
  • Untuk menjawab pertanyaan anda;
  • Untuk menjalankan penyelidikan serta analisis statistik;
  • Untuk membantu kami mengawal dan meningkatkan kualiti produk serta mutu perkhidmatan yang ditawarkan;
  • Memberi maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh as-Salihin, dari semasa ke semasa;
  • Untuk tujuan pemasaran secara terus;
  • Menyediakan maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatan as-Salihin.

Maklumat yang diminta oleh kami adalah mustahak dan mesti anda berikan, jika tidak, kami tidak akan dapat memberi anda produk dan perkhidmatan perancangan harta pusaka dan maklumat terkini atau maklumat yang berkaitan.

Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, kami mungkin memproses, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga iaitu:

  • Perancang harta Islam kami dan pembekal perkhidmatan (termasuk diluar negara) yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan tujuan pengumpulan data peribadi;
  • Pembekal Perkhidmatan kami, Perunding, Juruaudit dan Penasihat sekiranya perlu;
  • Pihak Berkuatkuasa dan Agensi-agensi Penguatkuasaan;
  • Mana-mana Mahkamah Undang-undang atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan apa-apa tuntutan atau prosedur Undang-undang dan;
  • Sesiapa yang ditugaskan dan diamanahkan untuk penyimpanan data sulit.

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau mendapat maklumat atau pembetulan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami, secara bertulis ke alamat berikut:

Personal Data Protection Officer
as-Salihin Trustee Berhad
101-301, Block A, Glomac Business Centre,
No 10, Jalan SS6/1,
Kelana Jaya,
47301 Selangor.

Sebarang permintaan untuk mendapatkan maklumat atau pembetulan data peribadi mungkin tertakluk kepada terma dan syarat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jika anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses data peribadi, anda juga boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data Peribadi, secara bertulis seperti di atas.

Sekiranya berlaku percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

Scroll to Top