3 Perkara Utama dalam Pengurusan Harta Yang Anda Perlu Tahu!

3 perkara utama pengurusan harta yang anda perlu tahu

Ramai Yang Memiliki Harta Tetapi tidak boleh diwarisi oleh ahli keluarga

Jangan biarkan harta pusaka anda terbeku tanpa ditadbir dan diagih kepada waris selepas pemergian anda!

Ramai masyarakat Malaysia masih memandang wasiat dan perancangan harta pusaka sebagai perkara yang remeh.

Mereka berpandangan Faraid akan menyelesaikan semua masalah harta pusaka.

Sedangkan mereka tidak sedar bahawa Faraid adalah satu kaedah yang merangkumi hanya dalam aspek penentuan bahagian harta pusaka, dan tidak merangkumi aspek pentadbiran dan pengurusan harta pusaka. 

Oleh itu, penting untuk ditekankan mengenai perancangan harta yang lengkap.

Pengurusan Harta merangkumi 3 fasa iaitu pengumpulan, pemeliharaan dan pengagihan. 

  1. Peringkat Pertama: Pengumpulan   

Peringkat pengumpulan adalah proses dimana kita mencari dan mengumpul aset-aset samada:

  • aset alih 
  • aset tidak alih 

Seperti membeli rumah, kereta, pelaburan dan sebagainya dikira sebagai peringkat pengumpulan.

  1. Peringkat Kedua: Pemeliharaan/Perlindungan 

Peringkat ini merupakan satu proses untuk melindungi aset yang telah diperolehi dan dikumpul daripada sebarang kerosakan serta melindungi diri sendiri dalam keadaan berlaku ketidakupayaan. 

Contohnya pengurusan perlindungan yang boleh dilakukan adalah dengan melanggan polisi insuran kemalangan, kebakaran ataupun nyawa dan lain-lain lagi.

  1. Peringkat Ketiga: Pengagihan

Peringkat ini akan dijalankan apabila berlaku kematian kepada pemilik harta. Harta yang telah diperolehi dan dikumpul akan diagihkan kepada penerima-penerima yang berhak. 

Bagi menjamin peringkat ini dapat dijalankan dengan sempurna, pengurusan pengagihan boleh dijalankan dengan melakukan perancangan awal ketika pemilik harta masih hidup.

Pengurusan harta yang lengkap mesti merangkumi perancangan bagi ketiga-tiga peringkat ini. 

Tanpa perancangan awal yang lengkap bagi setiap peringkat, harta yang diperolehi berkemungkinan besar tidak akan memberi sebarang manfaat kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga. 

Bagi memastikan harta yang ditinggalkan selepas kematian memberi manfaat sepenuhnya kepada ahli keluarga, perancangan harta pusaka bagi peringkat pengagihan merupakan satu kemestian dan pelengkap kepada proses pengurusan harta yang sempurna.

Antara instrumen dalam merancang harta pusaka Islam:

  1. Wasiat
  2. Hibah.
  3. Deklarasi Harta Sepencarian.
  4. Amanah Hayat.
  5. Amanah Takaful/Insurans
  6. Wakaf

Kesimpulannya, perancangan harta pusaka merupakan pelengkap kepada perancangan harta secara sempurna.

Scroll to Top