Assalamualaikum,

Saya Datin Sarinah binti Osman, Perancang Harta Pusaka IEP.

Amanah Diurus Hak Waris Terjamin

Dengan Perancangan Harta yang bijak, as-Salihin Trustee Berhad sebagai Wasi akan melaksanakan dan memastikan Amanah anda terlaksana dengan sebaik-baiknya.
005_Sarinah Osman
Kenali

Siapa Saya

Datin Sarinah binti Osman
Saya merupakan seorang Perancang Harta Pusaka yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam membantu masyarakat Muslim mengurus dan merancang legasi keluarga secara bijak, teratur dan berlandaskan syariah. Berdasarkan dari pengalaman dan perkongsian ilmu selama hampir 10 tahun dalam membimbing pelbagai lapisan masyarakat, saya percaya bahawa perancangan harta bukan sekadar soal harta dan kewangan, tetapi juga soal amanah, keberkatan dan keharmonian sesebuah keluarga, agama dan masyarakat.
0 +
Pertanyaan mengenai perancangan harta pusaka

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Rancang Warisan

Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Biodata

Datin Sarinah binti Osman

Saya, Datin Sarinah binti Osman telah berkecimpung dalam Bidang Perancangan Harta Pusaka sejak dari tahun 2016. Sarinah Osman Agency, dibawah as-Salihin Trustee Berhad banyak menganjurkan taklimat-taklimat perkongsian ilmu secara online dan offline secara percuma. Banyak pengalaman yang saya alami dan pelajari dari masyarakat sekeliling dalam menyelesaikan kemelut kekeluargaan terutamanya dari segi amanah yang diberikan serta hak-hak pembahagian harta dan pusaka kepada waris-waris. Berkat daripada ilmu dan pengalaman yang ada, menjadikan saya seorang Perancang Harta Pusaka yang berintegriti, jujur dan amanah dalam misi menyebarkan dan memberikan khidmat nasihat serta solusi yang terbaik berlandaskan hukum Syarak.
Pencapaian
  1. Senior Islamic Estate Planner (2019 – 2022)
  2. Silver Club Members ( 2023 – 2025)
  3. Top 5 Corporate Achievers di Perak
  4. Mempunyai 20 Islamic Estate Planners di bawah Sarinah Osman Agency (sehingga Ogos 2025)
  5. Mengendalikan Taklimat/Ceramah terutamanya di Markas – markas Tentera dan Pasukan Beruniform di dalam dan diluar kawasan Perak
  6. Membantu kes-kes penyatuan Waris-waris yang terpisah.
  7. Membantu dan mempermudahkan urusan pendokumentasian pusaka yang tidak berwasiat yang melebihi dari 15 tahun
Pencapaian
  1. Senior Islamic Estate Planner (2019 – 2022)
  2. Silver Club Members ( 2023 – 2025)
  3. Top 5 Corporate Achievers di Perak
  4. Mempunyai 20 Islamic Estate Planners di bawah Sarinah Osman Agency (sehingga Ogos 2025)
  5. Mengendalikan Taklimat/Ceramah terutamanya di Markas – markas Tentera dan Pasukan Beruniform di dalam dan diluar kawasan Perak
  6. Membantu kes-kes penyatuan Waris-waris yang terpisah.
  7. Membantu dan mempermudahkan urusan pendokumentasian pusaka yang tidak berwasiat yang melebihi dari 15 tahun
0
Out of 5

Testimoni dari Klien saya

4.9
Rated 4.9 out of 5

Best perancang harta pusaka

Kalau nak berbincang tentang hibah atau perancangan harta tanpa rasa tertekan, saya rasa Encik Faiz adalah pilihan yang baik. Dia bukan sekadar nak jual perkhidmatan, tapi betul-betul nak bantu orang buat keputusan yang tepat. Worth it untuk dengar dulu apa yang dia boleh offer. :)

Suriyani
5.0
Khidmat Nasihat yang Mudah Difahami dan Mengikut Keperluan.

Alhamdulillah, segala urusan wasiat dan hibah telah diserahkan kpd Datin Sarina Agen pengurusan as Salihin. Perkhidmatan yang “very personalised” macam menjaga hak harta benda sekeluarga. Khidmat nasihat bersesuaian dengan keperluan. Agent sangat sangat peramah, sentiasa senyum dan berhemah. Mudah berurusan dan can come any where any time. Thank You Very Much For All The Advice and efficient work.

 

Cdr Zainal Abidin (Rtd – Navy), Kuala Lumpur

5.0
Perkhidmatan Penuh Informasi Mengenai Pembahagian Harta

Mempunyai hanya 2 orang anak perempuan tanpa anak lelaki, membuatkan saya sering terfikir tentang kebajikan mereka sekiranya bapa mereka atau saya tiada nanti.
Datin Sarinah Osman di bawah as-Salihin Trustee Berhad telah memberikan penjelasan penuh dan berinformasi tentang opsyen yang ada dalam pembahagian harta peninggalan sekiranya suami meninggal dunia ataupun saya yang meninggal dunia. Saya lebih yakin dengan kaedah pembahagian yang dibentuk melalui bimbingan Datin Sarinah dalam penyaluran harta saya dan suami kepada anak-anak agar dapat diurus dengan lebih baik dan terjamin, In Syaa Allah.

Pn Azlin, Kuala Lumpur

5.0
Penjelasan yang Mudah Difahami dan Memelihara Kebajikan Keluarga

Saya amat-amat berpuas hati dengan khidmat Datin Sarinah Osman di bawah as-Salihin Trustee Berhad dalam menjelaskan opsyen hibah, harta sepencarian dan wasiat dalam mengurus harta peninggalan saya kelak. Tatacara pelaksanaan yang digunapakai juga mudah difahami dan lengkap memberi saya penuh keyakinan kebajikan isteri dan anak-anak perempuan saya lebih terpelihara apabila saya tiada nanti. Terima kasih Datin Sarinah, terima kasih as Salihin Trustee.

Capt Suhaimi Sani (Rtd. – Navy), Kuala Lumpur

 

5.0
Perkhidmatan yang Membantu Pengurusan Keluarga

Alhamdulillah, Datin Sarinah & as-Salihin banyak membantu saya dalam pengurusan kewangan islam terutamanya berkaitan harta pusaka, hibah, dan harta sepencarian. Perkhidmatan yg di beri sangat baik dan berkesan memenuhi kehendak dan keperluan saya sekeluarga.

Azman Ismail,
Lumut, Perak

5.0
Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka Telus dan Profesional

Assalamualaikum….
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Datin Sarinah Osman, agen as Salihin yg menyediakan perkhidmatan dan pengurusan harta pusaka yang sangat cemerlang.
Alhamdullillah masalah saya di selesaikan dengan profesional dan efisien. Datin Sarinah Osman hadir, ke rumah memberi penjelasan dan penerangan tentang penting nya pengurusan harta pusaka.
Saya sangat berpuas hati dengan kualiti perkhidmatannya. Semua staff telus dan profesional dalam setiap langkah dari awal sampai akhir secara tidak langsung memberi keyakinan kepada saya sebagai pelanggan.

Saya sangat2 mengesyorkan kepada sesiapa umat islam yg ingin mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka ,pengiraan serta pembahagian harta carilah Datin Sarinah Osman di as- Salihin Trustee Berhad yang boleh menyelesaikan masalah anda. 

Pn Zainah Ahmed, 58 (Pulau Pinang)

Hubungi Saya
0187759039
sarinah1967osman@yahoo.com
Scroll to Top