Assalamualaikum,

Saya ONE NIS CONSULTANCY, Perancang Harta Pusaka IEP.

Rancang Semasa Hayat Elak Masalah Harta Pusaka

Ingat Esok Ingat Wasiat. Hibah Sebelum Rebah.
Shiwanis AB
Kenali

Siapa Saya

ONE NIS CONSULTANCY
Assalamualaikum wbt. Saya Shiwanis binti Ainol Bongsu, atau lebih dikenali sebagai Anis. Saya merupakan Perancang Harta Pusaka Islam sejak tahun 2006 dan telah membantu ratusan klien dalam merancang pewarisan harta secara syariah. Minat saya dalam bidang ini lahir daripada kesedaran bahawa perancangan harta bukan sahaja urusan dunia, tetapi juga memberi manfaat di akhirat. Melalui penyediaan dokumen semasa hayat, kita dapat mengelakkan perebutan harta, melindungi hak insan tersayang seperti anak angkat dan cucu, serta mengekalkan keharmonian keluarga selepas pemergian. Saya percaya, perancangan yang baik pada hari ini akan menjamin ketenangan pada hari esok.
0 +
Pertanyaan mengenai perancangan harta pusaka

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Rancang Warisan

Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Biodata

ONE NIS CONSULTANCY

Saya mula menceburi bidang Perancang Harta Pusaka Islam sejak tahun 2006 dan telah membantu klien dari pelbagai latar belakang, termasuk golongan VIP dan B40. Berbekalkan ijazah Sarjana Muda Sains dari Amerika Syarikat (1984) serta pengalaman 20 tahun dalam sektor korporat, saya kini berkhidmat sepenuh masa sebagai Perancang Harta Pusaka Islam di as-Salihin Trustee Berhad. Saya menyediakan khidmat nasihat secara peribadi terus ke lokasi klien tanpa caj tambahan, sekali gus menjimatkan masa dan kos mereka. Khidmat saya merangkumi perancangan harta pusaka yang lengkap, berkualiti dan disesuaikan mengikut hasrat serta bajet klien, demi menjamin pengurusan yang berkesan dan teratur.
Pencapaian
  1. Jualan Tertinggi Individu (Tahun 2010)
  2. Ahli Gold Club (2012)
  3. Senior IEP (2019)
  4. Ahli Silver Club (2024)
Pencapaian
  1. Jualan Tertinggi Individu (Tahun 2010)
  2. Ahli Gold Club (2012)
  3. Senior IEP (2019)
  4. Ahli Silver Club (2024)
0
Out of 5

Testimoni dari Klien saya

4.9
Rated 4.9 out of 5

Best perancang harta pusaka

Kalau nak berbincang tentang hibah atau perancangan harta tanpa rasa tertekan, saya rasa Encik Faiz adalah pilihan yang baik. Dia bukan sekadar nak jual perkhidmatan, tapi betul-betul nak bantu orang buat keputusan yang tepat. Worth it untuk dengar dulu apa yang dia boleh offer. :)

Suriyani
5.0
Pelanggan Kami: Bukti Kepercayaan dan Pengalaman Bertahun

Dato Z & Datin F

 

Dato’ S

 

Dato’ R & Datin Z

 

Dato’ AR & Datin Z

 

Hj A & Hjh N

 

Prof H

 

Hj S

 

Nota kaki: Gambar-gambar yang dipaparkan di atas telah mendapat persetujuan dari pihak klien.

 

Hubungi Saya
601176045799
Scroll to Top