Assalamualaikum,

Saya Nick Hazleen binti Harun, Perancang Harta Pusaka IEP.

Rancang Harta, Bina Legasi Berjaya

Membantu Keluarga Memastikan Legasi Mereka Mengikut Syariah
Untitled Design - 1 - Edited
Kenali

Siapa Saya

Nick Hazleen binti Harun
Saya menceburi bidang Perancang Harta Islam selepas melihat ramai keluarga menghadapi kesukaran dalam pengagihan harta pusaka akibat ketiadaan perancangan yang jelas. Banyak kes perebutan harta dan pertelingkahan antara waris yang boleh dielakkaan jika perancangan dibuat lebih awal. Dengan ilmu dan pengalaman yang saya miliki, saya ingin membantu lebih ramai individu dan keluarga memastikan harta mereka di urus dengan baik, mengikut hukum Syariah, serta memberikan ketenangan kepada waris di masa hadapan.
0 +
Pertanyaan mengenai perancangan harta pusaka

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Rancang Warisan

Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Biodata

Nick Hazleen binti Harun

Saya Nick Hazleen Binti Harun, adalah seorang Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) dengan pengalaman lebih 5 tahun dalam bidang perancangan wasiat, hibah, faraid, dan pengurusan harta mengikut prinsip Syariah. Misi saya adalah membantu keluarga merancang dan melindungi aset mereka agar diwarisi dengan adil dan harmoni. Sepanjang kerjaya, saya telah membantu ramai keluarga dalam merancang legasi kewangan mereka. Saya percaya bahawa perancangan harta yang baik bukan sekadar memastikan kelangsungan harta, tetapi juga membantu ketenangan jiwa kepada waris yang ditinggalkan.
Pencapaian
  1. Lebih 5 tahun pengalaman dalam perancangan harta pusaka Islam.
  2. Membantu lebih 1,000 keluarga dalam merancang dan melindungi harta mereka.
  3. Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) dari as-Salihin Trustee Berhad.
  4. Penceramah jemputan di pelbagai seminar kewangan Islam dan bengkel perancangan harta.
Pencapaian
  1. Lebih 5 tahun pengalaman dalam perancangan harta pusaka Islam.
  2. Membantu lebih 1,000 keluarga dalam merancang dan melindungi harta mereka.
  3. Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) dari as-Salihin Trustee Berhad.
  4. Penceramah jemputan di pelbagai seminar kewangan Islam dan bengkel perancangan harta.
0
Out of 5

Testimoni dari Klien saya

4.9
Rated 4.9 out of 5

Best perancang harta pusaka

Kalau nak berbincang tentang hibah atau perancangan harta tanpa rasa tertekan, saya rasa Encik Faiz adalah pilihan yang baik. Dia bukan sekadar nak jual perkhidmatan, tapi betul-betul nak bantu orang buat keputusan yang tepat. Worth it untuk dengar dulu apa yang dia boleh offer. :)

Suriyani
5.0
Pengalaman yang Memuaskan

Kecekapan staf as-Salihin dalam menguruskan hal berkaitan harta pusaka untuk urusan mendapatkan surat kuasa harta pusaka diselesaikan dalam tempoh kurang dari 3 bulan.

Tuan Kamariah

5.0
Servis Yang Profesional

Perkhidmatan konsultasi sangat membantu. Penjelasan tentang faraid dan pentadbiran harta pusaka sangat menyeluruh.

Harun

 

5.0
Bimbingan Penulisan Wasiat yang Diyakini

Proses pendaftaran wasiat berjalan lancar dan teratur. Saya kini lebih tenang kerana telah merancang masa depan keluarga saya.

Hazref

5.0
Servis Berkualiti, Penjelasan Jelas

Kakitangan sangat mesra dan sabar menjawab setiap soalan saya mengenai hibah dan perancangan harta.

Zaharah

 

5.0
Pilihan Tepat untuk Penulisan Wasiat

Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh as-Salihin Trustee. Penerangan yang jelas dan profesional membantu saya memahami proses wasiat Islam dengan lebih mudah.

Zulkifly

Hubungi Saya
01110624447
nicazleen@yahoo.com
Scroll to Top