Isi Kandungan
Apa itu Hibah?
Hibah dari segi bahasa bermaksud hadiah.
Hibah dari segi istilah bermaksud pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa mengharapkan balasan. Ianya adalah pemberian sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima Hibah).
(Maklumat Lanjut Apa maksud Pri-Hibah: Deklarasi Hibah Pri-Hibah)
Rukun Hibah
- Pemberi Hibah;
– Seorang yang sempurna akal, baligh dan waras/matang (rusyd).
– Pemilik harta Hibah secara penuh - Penerima Hibah;
– Seorang yang mempunyai keupayaan memiliki harta tidak kira umur (mukallaf ataupun bukan mukallaf) - Harta yang dihibah;
– Mestilah harta daripada sumber yang halal disisi syarak
– Harta mestilah sesuatu yang bernilai disisi syarak
– Mestilah dimiliki sepenuhnya atau hak milik Pemberi Hibah
– Harta yang boleh dipindahkan hak milik kepada orang lain
– Wujud ketika Hibah dibuat
– Harta yang tidak mempunyai penamaan (Nomination) - Sighah (Ijab dan Qabul)
Perbuatan atau lafaz bagi menyempurnakan pemberian dan penerimaan Hibah oleh Pemberi dan Penerima Hibah
(Maklumat Lanjut tentang Rukun Hibah)
Apakah Jenis Hibah?
Hibah Mutlak
Hibah Mutlak ini adalah pemberian harta melalui Hibah yang dibuat serta merta.
Pemindahan hak milik harta Hibah kepada penerima Hibah telah disempurnakan serta merta dan semasa hayat penerima Hibah. Maka harta Hibah ini bukan lagi penjadi harta pemberi Hibah.
Hibah Amanah
Pembentukan Hibah menggunakan skim Amanah di mana pemindahan harta kepada penerima Hibah dilaksanakan melalui pemegang amanah dimana pemegang amanah akan memegang harta hibah untuk tempoh tertentu sebelum ianya dipindah milik kepada pemberi.
Bagi Hibah yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad, selaku syarikat amanah kami akan bertindak sebagai pemegang Amanah dan akan menyerahkan harta yang dihibahkan kepada penerima hibah seperti yang dinyatakan di dalam dokumen hibah.
Hibah Bersyarat (Hibah Takaful)
Hibah bersyarat ditawarkan oleh syarikat takaful . Di mana ia adalah satu kaedah pemberian wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia. Melalui Hibah ini, pembahagian wang pampasan takaful akan diserahkan kepada penerima Hibah yang dinamakan di dalam di dalam borang Hibah setelah kematian pemilik polisi takaful.
(Maklumat Lanjut Perbezaan Hibah Takaful dan Hibah Harta)
Apa harta yang boleh dihibahkan?
Harta yang boleh dihibah merangkumi harta alih dan harta tidak alih.
Jenis Hibah mengikut Harta:
- Hibah Hartanah
- Hibah wang simpanan di Akaun Bank (Akaun Tunggal / Bersama)
- Hibah Amanah Saham
- Hibah Saham Syarikat
- Hibah Saham Koperasi
- Hibah Akaun Tabung Haji
Apa harta yang tidak boleh dihibahkan?
Antara kriteria bagi harta yang tidak boleh dihibahkan adalah harta yang ada penamaan, harta yang berada di luar Malaysia, harta yang tidak boleh diperolehi manfaatnya oleh benefisiari serta harta yang dilarang dalam Islam seperti kilang arak.
- Harta Milik Orang Lain
Harta milik orang lain merujuk kepada harta amanah yang dipegang oleh pemegang amanah untuk seseorang tidak boleh dihibahkan kepada sesiapa kerana pemegang amanah bukan pemilik harta dan tiada kuasa sepenuhnya untuk menghibah atau menggunakan harta tersebut. - Wang KWSP
KWSP tidak boleh dihibahkan dan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid oleh penama yang dipertanggungjawab sebagai wasi atau pentadbir harta.
(Sumber Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000. ) - Duit Pencen
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 Sep 1988 telah membincangkan Ganjaran Terbitan Dan Pencen Terbitan.Muzakarah telah memutuskan bahawa ganjaran terbitan dan pencen terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
- Harta Milik Orang Lain
Hibah Harta Bercagar, Boleh ataupun Tidak?
Harta Bercagar atau harta yang masih dalam pinjaman bank atau gadaian boleh dihibahkan.
Fatwa Hibah Negeri Selangor diwartakan pada 8 April 2021:
Hibah harta dalam gadaian adalah sah sekiranya harta yang dihibahkan (mawhub) dilindungi oleh takaful seperti Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)/ Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) secara penuh atau mendapat keizinan daripada pemegang gadaian.
Bolehkah Hibah Dibatalkan atau Ditarik Balik?
Pemberian Hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucunya boleh ditarik balik.
Manakala, pemberian Hibah selain daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucunya tidak boleh ditarik balik tanpa persetujuan pihak penerima. Sebagai contoh antara suami dan isteri, adik beradik, rakan-rakan ataupun antara saudara mara.
Bagaimana Hibah memudahkan pengurusan harta pusaka anda?
Hibah adalah pemberian harta yang dilaksanakan semasa hidup. Oleh itu harta hibah adalah menjadi hak milik mutlak penerima hibah dan ia bukan menjadi harta pusaka pemberi hibah.
Hibah boleh digunakan untuk memberikan harta kepada orang tersayang mengikut Hasrat dan ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid.
Pemindahan harta melalui Hibah boleh dilakukan dengan lebih cepat dan mudah berbanding dengan proses pewarisan. Ini bermakna penerima Hibah dapat mengendali dan menggunakan harta tersebut dengan lebih cepat.
Golongan yang perlukan Hibah?
1. Pasangan yang mempunyai hartanah atas satu nama.
2. Pasangan yang mempunyai hartanah 2 nama. (joint loan)
3. Individu bujang.
4. Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja.
5. Pasangan yang mempunyai anak lelaki dan perempuan tapi hendak diagihkan secara sama rata.
6. Pasangan yang mempunyai anak OKU dan memerlukan penjagaan khusus.
7. Pasangan yang mempunyai anak angkat.
8. Lelaki/wanita yang berkahwin semula.
9. Pasangan yang tidak mempunyai anak.
10. Lelaki yang berpoligami.
11. Saudara baru (Mualaf)
12. Pemilik perniagaan untuk kesinambungan perniagaan selepas meninggal.
