Bolehkah Wasiat kepada Waris Faraid Tanpa Ikut Hukum Faraid?

Bolehkah wasiat kepada waris tanpa mengikut hukum faraid

Isi Kandungan

Siapakah Waris Faraid?

Bolehkah seseorang membuat wasiat kepada waris faraid tanpa mengikuti hukum faraid? Pertanyaan ini sering ditanyakan dan menjadi topik di kalangan masyarakat umat Islam di Malaysia.

Pertama sekali, kita perlu faham berkenaan hak faraid. Faraid adalah hukum atau undang-undang berkaitan pewarisan harta pusaka orang Islam dan ia akan terpakai apabila pemilik harta meninggal dunia.

Waris Faraid pula adalah waris si mati yang berhak mewarisi harta pusaka si mati.

Setiap waris yang berhak serta  bahagian yang mereka berhak mewarisi telah ditetapkan  secara khusus  dinyatakan di dalam al-Quran melalui Surah al Nisa’ ayat 7-12 dan ayat 176

Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Faraid dan Wasiat seperti dinyatakan di atas :-

  1. Apa itu Hukum Faraid?
  2. Pemberian Harta Pusaka Melalui Wasiat

Apakah Kuasa Waris terhadap Pusaka?

Waris yang berhak ke atas harta pusaka si mati itu mempunyai hak untuk menerima bahagian Faraid mereka daripada harta pusaka si mati.

Mereka juga berhak untuk melepaskan atau menolak  bahagian Faraid mereka itu melalui konsep Takharuj dan ia dibenarkan. Mereka boleh menentukan kepada siapa akan diserahkan bahagian yang dilepaskan dan ditolak tersebut.

Adakah Wasiat Kepada Waris Faraid Tanpa Mengikut Hukum Faraid Dibenarkan Dalam Islam?

Pemberian harta melalui wasiat kepada waris Faraid dan pemberian tersebut tidak mengikut hukum Faraid adalah dibenarkan dengan syarat perlaksanaan wasiat tersebut selepas kematian pewasiat mestilah dipersetujui oleh semua waris Faraid.

Wasiat adalah bersifat pesanan atau hasrat pewasiat. Pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid di dalam islam.

FATWA

Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.” 

Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan Wasiat seperti dinyatakan di atas :-

  1. Wasiat Menurut Islam 
  2. Mengapa Perlu Wasiat Sedangakan Ada Hukum Faraid?

KESIMPULAN

Pewasiat boleh menyatakan di dalam wasiat, pemberian kepada waris tanpa mengikut hukum faraid.

Sebagai contoh Ahmad menuliskan wasiat menyatakan hartanya akan di bahagikan kepada semua waris secara sama rata.

Setelah Ahmad meninggal dunia nanti, wasi yang melaksanakan wasiat perlulah mendapatkan persetujuan semua waris Ahmad sebelum pengagihan harta dilaksanakan sama ada:

1) Waris perlu bersetuju untuk mengikut apa yang dinyatakan di dalam wasiat, ataupun

2) Waris ingin mengikut hukum faraid dan mendapat bahagian merngikut hak faraidnya.

Artikel Berkaitan

Faraid calculator
Faraid Kalkulator
Scroll to Top