Dato’ Dr. Ashar Abdullah
S.M.P., D.I.M.P., D.P.M.P.
MD (UKM), MASTER O&G (UKM), FRCOG (LONDON), FAMM, DipFM (ACCA)
Konsultan Obstetrik dan Ginekologi
Dato’ Dr. Ashar adalah seorang konsultan dalam bidang Perbidanan dan Sakit Puan yang mempunyai sebuah klinik pembedahan di Hospital Pakar Ampang Putri yang beralamat di No. 1, Jalan Mamanda, 68000 Ampang Selangor. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif, Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Naluri.

Dato’ Dr. Ashar juga adalah merupakan ahli seumur hidup Persatuan O&G Malaysia dan juga Akademi Perubatan Malaysia serta menjadi Felo kepada Royal College of O&G United Kingdom dalam tahun 2004. Sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah di anugerahkan Anugerah Setia Mahkota Pahang pada tahun 1998 dan Darjah Indera Mahkota Pahang pada tahun 2005 dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak 2006.