Assalamualaikum,

Saya Rosidah binti Norbit, Perancang Harta Pusaka IEP.

Rancang Harta Dengan Syariah, Waris Terpelihara Dunia Akhirat

Merancang Harta Dengan Bijak Adalah Persediaan Akhirat Dan Bukti Tanggungjawab Kepada Waris Tercinta.
7_AR FIRDAUS CONSULTANCY SERVICES (2)
Kenali

Siapa Saya

Rosidah binti Norbit
Saya merupakan Perancang Harta Pusaka Islam bertauliah sejak tahun 2015, dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang ini. Sepanjang kerjaya, saya telah membantu lebih 200 keluarga dan syarikat merancang, mengurus & mengagihkan harta secara profesional dan patuh syariah. Fokus utama saya ialah membantu umat Islam membuat perancangan harta yang teratur agar waris dapat mewarisi harta dengan mudah serta berkat. Saya percaya bahawa perancangan harta yang baik bukan sahaja memudahkan urusan dunia, malah menjadi bekalan akhirat dan legasi kasih sayang kepada waris tercinta.
0 +
Pertanyaan mengenai perancangan harta pusaka

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Rancang Warisan

Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Biodata

Rosidah binti Norbit

Saya merupakan Perancang Harta Pusaka Islam bertauliah sejak tahun 2015, dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang ini. Sepanjang kerjaya, saya telah membantu lebih 200 keluarga dan syarikat merancang, mengurus & mengagihkan harta secara profesional dan patuh syariah. Fokus utama saya ialah membantu umat Islam membuat perancangan harta yang teratur agar waris dapat mewarisi harta dengan mudah serta berkat. Saya percaya bahawa perancangan harta yang baik bukan sahaja memudahkan urusan dunia, malah menjadi bekalan akhirat dan legasi kasih sayang kepada waris tercinta.
Pencapaian
  1. Berpengalaman selama 18 tahun dalam bidang Sumber Manusia sebelum menyertai Prudential BSN Takaful pada tahun 2009.
  2. Dilantik sebagai Perancang Harta Pusaka Islam Bertauliah (IEP) as-Salihin Trustee Berhad sejak tahun 2015 dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Senior IEP pada 2016.
  3. Menubuhkan Ar Firdaus Consultancy Services pada tahun 2019 dan kini berjaya mencapai pengiktirafan sebagai ahli Silver Club bagi tahun 2025 hasil daripada pencapaian konsisten dalam bidang perkhidmatan perancangan harta pusaka.
  4. Aktif sebagai penceramah jemputan di pelbagai bengkel perancangan harta.
  5. Gabungan kepakaran dalam takaful dan perancangan harta patuh syariah membolehkan saya menawarkan solusi holistik dan profesional kepada lebih 200 keluarga dan organisasi.

0
Out of 5

Testimoni dari Klien saya

4.9
Rated 4.9 out of 5

Best perancang harta pusaka

Kalau nak berbincang tentang hibah atau perancangan harta tanpa rasa tertekan, saya rasa Encik Faiz adalah pilihan yang baik. Dia bukan sekadar nak jual perkhidmatan, tapi betul-betul nak bantu orang buat keputusan yang tepat. Worth it untuk dengar dulu apa yang dia boleh offer. :)

Suriyani
5.0
Profesional, Penerangan Yang Jelas dan Teliti

Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Puan Rosidah Norbit dalam menyediakan wasiat saya bersama as-Salihin Trustee Bhd.

Beliau sangat profesional, sabar menerangkan setiap langkah, dan memastikan saya benar-benar faham proses wasiat mengikut hukum Syariah. Semua dokumen disediakan dengan kemas, teratur dan mudah difahami, membuatkan saya yakin urusan faraid dan pentadbiran harta saya berada di tangan yang amanah.

Terima kasih Puan Rosidah atas layanan yang mesra, teliti dan penuh keprihatinan. Saya sangat mengesyorkan beliau kepada sesiapa yang ingin menyediakan wasiat atau merancang harta keluarga dengan cara yang betul.

Cikgu Wan Norazah, Jitra

Hubungi Saya
0194410543
rosidah_norbit@yahoo.com
Scroll to Top