Assalamualaikum,

Saya SITI NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD TAJUDDIN, Perancang Harta Pusaka IEP.

Hak Waris Diuruskan, Hak Pewasiat Diutamakan Dunia Akhirat

Merancang Harta dengan Bijak akan Memberi Kebahagiaan Kepada Keluarga di Dunia dan Ketenangan Roh di Akhirat
Untitled design
Kenali

Siapa Saya

SITI NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD TAJUDDIN

Saya Puan Shikin, Perancang Harta Anda yang komited membantu masyarakat merancang dan mengurus harta dengan cara yang mudah, jelas dan profesional, walau di mana sahaja anda berada.

Sehingga kini, saya telah berpeluang membantu hampir 1,000 orang klien dalam pelbagai urusan berkaitan pewarisan harta. Antara pengalaman berharga saya ialah menguruskan pusaka yang akhirnya berjaya diselesaikan sehingga waris dapat menerima agihan harta berjumlah sekitar RM4 juta hingga RM7 juta. Alhamdulillah, setiap kejayaan ini menjadi bukti bahawa pengurusan pusaka yang sistematik dapat memberikan manfaat yang besar kepada keluarga.

Dalam kalangan mereka yang pusakanya telah selesai diuruskan, ramai waris turut mengambil langkah bijak dengan merancang semula aset pusaka dan hibah yang diterima. Ada juga waris yang berurusan dengan saya bagi membantu pengurusan pusaka tanpa wasiat atau hibah untuk pihak ibu dan ayah mereka. Melalui pengalaman ini, semakin ramai waris menyedari bahawa pengurusan pusaka bukan sekadar urusan harta, tetapi ia memerlukan ilmu dan kepakaran khusus agar perjalanan pentadbiran pusaka berjalan dengan lancar dan teratur.

Misi saya adalah untuk memastikan lebih ramai bakal balu tidak teraniaya, bakal anak yatim tidak dianiaya, dan waris-waris tidak termakan harta batil, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Saya percaya bahawa dengan perancangan harta yang tepat, bukan sahaja harta dapat diagihkan dengan adil, bahkan keharmonian keluarga juga dapat dipelihara.

0 +
Pertanyaan mengenai perancangan harta pusaka

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada. Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)
Pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka.

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)
Pembahagian harta sepencarian mengikut persetujuan bersama di mana kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian hak mereka.

Rancang Warisan

Pakej Pentadbiran Harta Pusaka dan Wasiat (2 Produk)
Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta meringankan bebanan ahli waris si mati.

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)
Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Pakej eksklusif yang mengandungi gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Biodata

SITI NOOR ASHIKIN BINTI AHMAD TAJUDDIN

Nama: Siti Noor Ashikin binti Ahmad Tajuddin
Tarikh Lahir: 7 Mei 1970 (54 tahun)
Status: Berkahwin, dikurniakan 5 orang anak dan 2 orang cucu
Kelayakan Profesional: Perancang Harta Pusaka Islam bertauliah (HQ as-Salihin Trustee Berhad, Kelana Jaya)

Saya, Puan Siti Noor Ashikin memulakan kerjaya sebagai Pakar Perancang Harta Pusaka Islam bersama as-Salihin Trustee Berhad sejak tahun 2011. Dengan pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang ini, saya telah membantu ramai keluarga Islam di Malaysia merancang, mengurus, serta menyelesaikan urusan pusaka secara berkesan dan berlandaskan syariah.

Selain kejayaan peribadi, saya sering aktif dijemput untuk memberi taklimat dan ceramah kesedaran mengenai wasiat, hibah, dan harta sepencarian (PAPB) di pelbagai peringkat:

    • Badan-badan kerajaan dan agensi swasta seluruh Malaysia.

    • Persatuan dan pertubuhan komuniti.

    • Keluarga serta individu yang ingin mendapatkan pencerahan.

 

Kesungguhan saya dalam bidang ini lahir daripada pengalaman peribadi sebagai mangsa kegagalan pentadbiran pusaka akibat amanah yang dikhianati oleh pentadbir individu. Justeru, saya bertekad untuk mendidik masyarakat agar tidak lagi teraniaya, terabai, atau termakan harta batil sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Saya beriltizam untuk terus menyampaikan kesedaran dan pencerahan mengenai perancangan harta pusaka Islam sepanjang hayat saya. Harapan saya adalah agar lebih ramai bakal balu, anak yatim, serta waris keluarga Islam terselamat daripada penindasan dan ketidakadilan dalam pengurusan harta pusaka.

Pencapaian

Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya telah meraih pelbagai pencapaian cemerlang, antaranya:

  • Kini dinobatkan sebagai Lifetime Gold Club Achiever dan Platinum Club.

  • 13 kali dinobatkan Juara Individu dan 2 kali Naib Juara Individu.

  • Menerima pelbagai insentif percutian percuma ke luar negara sejak tahun 2012.

  • Merangkul anugerah Piala Tun Salleh Abbas pada tahun 2017.

  • Menjulang Piala Aziz Peru selama 3 tahun berturut-turut dari 2018, 2019 & 2020.

  • Anugerah paling berharga: menunaikan Umrah percuma pada tahun 2023.

  Insentif Percutian Percuma yang telah dimenangi adalah:
  • 2013 – Hong Kong Disneyland
  • 2014 – Chiang Mai, Thailand
  • 2015 – Tokyo, Jepun
  • 2016 – Melbourne, Australia
  • 2017 – Pulau Perhentian, Terengganu
  • 2018 – Balkan, Eropah Tenggara
  • 2019 – London, Britain
  • 2020 – Italy
  • 2021 – Pulau Jeju, Korea Selatan
  • 2022 – Umrah
  • 2023 – Danang, Vietnam
  • 2024 – Tokyo, Jepun
Pencapaian

Sepanjang tempoh perkhidmatan, saya telah meraih pelbagai pencapaian cemerlang, antaranya:

  • Kini dinobatkan sebagai Lifetime Gold Club Achiever dan Platinum Club.

  • 13 kali dinobatkan Juara Individu dan 2 kali Naib Juara Individu.

  • Menerima pelbagai insentif percutian percuma ke luar negara sejak tahun 2012.

  • Merangkul anugerah Piala Tun Salleh Abbas pada tahun 2017.

  • Menjulang Piala Aziz Peru selama 3 tahun berturut-turut dari 2018, 2019 & 2020.

  • Anugerah paling berharga: menunaikan Umrah percuma pada tahun 2023.

  Insentif Percutian Percuma yang telah dimenangi adalah:
  • 2013 – Hong Kong Disneyland
  • 2014 – Chiang Mai, Thailand
  • 2015 – Tokyo, Jepun
  • 2016 – Melbourne, Australia
  • 2017 – Pulau Perhentian, Terengganu
  • 2018 – Balkan, Eropah Tenggara
  • 2019 – London, Britain
  • 2020 – Italy
  • 2021 – Pulau Jeju, Korea Selatan
  • 2022 – Umrah
  • 2023 – Danang, Vietnam
  • 2024 – Tokyo, Jepun
0
Out of 5

Testimoni dari Klien saya

4.9
Rated 4.9 out of 5

Best perancang harta pusaka

Kalau nak berbincang tentang hibah atau perancangan harta tanpa rasa tertekan, saya rasa Encik Faiz adalah pilihan yang baik. Dia bukan sekadar nak jual perkhidmatan, tapi betul-betul nak bantu orang buat keputusan yang tepat. Worth it untuk dengar dulu apa yang dia boleh offer. :)

Suriyani
5.0
Sesi Pencerahan Faraid yang Sangat Membuka Mata

Alhamdulillah, sesi bersama Pn. Siti Noor Ashikin benar-benar membuka mata saya tentang kepentingan memahami faraid. Beliau menjelaskan topik yang rumit dengan cara yang mudah difahami dan memberi kesedaran betapa pentingnya perancangan awal bagi mengelakkan pertikaian waris.

Saya amat mengesyorkan khidmat beliau kepada sesiapa yang ingin merancang harta pusaka dengan betul agar hak semua waris terjamin dan keharmonian keluarga terpelihara. —Huraysha, Gombak

 

5.0
Servis yang pantas, cekap, efisien dan terbaik

Alhadulillah selesai sudah urusan penulisan wasiat saya. Sebak, sedih dan insaf bila sign dokumen wasiat sendiri. Moga Allah redha.

Kepada yang berminat untuk menguruskan wasiat harta, boleh direct contact Puan Siti Noor Ashikin. Servis yang pantas, cekap, efisien dan terbaik. Awie Rafael dan Delima Mas

 

5.0
Penerangan Penuh Pemahaman

Terima kasih kembali kepada puan yang memberi kefahaman kepada kami. In Shaa Allah jumpa lagi. Khazaimah

 

5.0
Servis yang Terbaik

Assalamualaikum

Alhamdulillah segalanya.
Paling best dapat jumpa Pn Shikin sendiri. Penerangan dgn bahasa yg simple dan senang faham. Kami adik beradik bersyukur dapat tahu tentang urusan harta.

Terima kasih menyantuni mak saya dan dia sangat berpuas hati dengan penerangan Puan dan urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kerana all the way datang ke Melaka demi ibu saya.

InsyaAllah jika kami ada apa2 permasalahan berkaitan harta, kami akan rujuk balik dengan Pn Shikin.

Sangat recommended untuk sesiapa dapatkan servis pengurusan harta dari Puan Shikin Al Hibah

#terima kasih hadiah dari Puan

Fauziah JB

5.0
Pengetahuan mengenai Surat Kuasa

Rugi siapa yang tak berurusan dengan Puan Shikin ni, saya baru kematian suami, rupa-rupanya banyak urusan perlukan surat kuasa. Noraini Sahoji

Hubungi Saya
0133702999
sitinoor_ashikin@yahoo.com
Scroll to Top