
Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?
Harta Pusaka si mati yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian faraid. Ini kerana tiada dokumen sah seperti Wasiat, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian dan lantikan Pentadbir Harta dilaksanakan semasa hayat pemilik harta.
Kesemua aset si mati akan beku dengan lama sekiranya Waris gagal mencapai kesepakatan. Ini kerana si mati tanpa sengaja meletakkan tanggungjawab pembahagian harta kepada semua ahli warisnya.
Berbeza dengan Harta Pusaka yang dirancang dengan dokumen yang sah, aset beliau akan dibahagikan mengikut terma-terma yang telah beliau tetapkan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum faraid serta undang-undang keluarga islam di Malaysia.


as-Salihin Trustee Berhad menyediakan solusi yang komprehensif untuk mengelakkan permasalahan di atas dengan pakej Rancang Harta.
Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada.
Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.
Masa depan mereka di tangan anda!
Rancanglah dengan...
Rancang Hibah
Harga Kami
RM 2,500
Rancang Harta Sepencarian
Harga Kami
RM 2,500
Rancang Warisan
Harga Kami
RM 2,988
Pakej Keluarga
Harga Kami
RM 3,000
Rancang Legasi
Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)
Harga Kami
RM 3,988
Mengapa Rancang Harta di As-Salihin
Pakej Komprehensif
Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi
Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had
Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan
Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah
Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja


Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja
Testimoni Pelanggan Kami

Puan Aisyah
“Saya berasa amat lega kerana saya telah mewasiatkan semua harta saya kepada anak-anak.”

En. Khai
“Rancang Hibah (Hibah+Wasiat) lebih berbaloi daripada produk tunggal kerana kombinasi keduanya amat murah.”

En. Zambrie
“Saya tak mempunyai anak lelaki, maka saya telah hibahkan aset-aset saya kepada kedua anak perempuan saya.”

Puan Wati
“Staff as-Salihin sangat membantu dalam proses penyediaan dokumen saya. Sangat cepat dan responsif.”
Soalan Lazim
Selamat datang. Terima kasih kerana berminat dengan Pakej Rancang Harta as-Salihin Trustee Berhad.
Selepas anda mengisi maklumat pada borang sesi Konsultasi PERCUMA. Pegawai as-Salihin Trustee Berhad akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji secara atas talian atau secara bersemuka.
as-Salihin menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA melalui aplikasi Zoom atau secara bersemuka di lokasi berdekatan anda.
a) Maklumat Peribadi pemohon serta Salinan Kad Pengenalan (Warganegara) atau Salinan Passport (Bukan Warganegara)
b) Senarai Aset & Hutang
c) Menyatakan hasrat pemohon berkaitan kaedah pengagihan beserta maklumat penerima.
d) Melantik Wasi yang akan bertanggungjawab menguruskan hutang, harta pusaka dan melaksanakan pelaksanaan.
e) Melantik penjaga harta bagi anak bawah umur.
Proses Perancangan Harta ini akan diselia dan dibimbing oleh pegawai as-Salihin Trustee Berhad.
Proses penyediaan dokumen mengambil masa selama 3 sehingga 7 hari bekerja selepas pihak as-Salihin Trustee Berhad menerima dokumen yang lengkap beserta pembayaran deposit.
Tempoh masa diatas adalah bergantung kepada jenis produk Rancang Harta yang dipilih.
Tidak. Bayaran bagi pakej Rancang Harta adalah sekali sahaja semasa proses penyediaan dokumen.
Pelaksanaan pembayaran pentadbiran Rancang Harta akan dikenakan setelah berlakunya kematian pemohon.
Bayaran pentadbiran ini akan dijelaskan menggunakan harta yang ditinggalkan.
Anda boleh mengemas kini harta, hutang dan maklumat peribadi pada masa akan datang melalui portal Sistem E-PAI di laman web as-Salihin Trustee Berhad.
https://as-salihin.com/en/personal-asset-inventory-list-e-pai/
Muat turun E-PAI form
Wasiat | Hibah |
1) Ciri Dokumen | |
· Wasiat adalah perisytiharan atau Hasrat yang dinyatakan oleh pemilik harta berkaitan harta dan pengurusannya.
· Ia Berkuat kuasa selepas kematian | · Hibah adalah pemberian harta yang dilaksanakan semasa pemilik harta masih hidup
· Ia berkuat kuasa serta merta selepas pembentukkannya
· |
2) Apakah Fungsi | |
Fungsi utama Wasiat adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran harta serta penyelesaian hutang secara total dan cepat melalui pelantikan wasi/pentadbir.
| Hibah merupakan instrumen untuk menyatakan kaedah pengagihan harta tertentu kepada benefisiari tertentu. |
3) Had Pemberian | |
· Pengagihan harta melalui wasiat
a) Maksimum 1/3 daripada harta boleh diberikan kepada penerima yang bukan dikalangan Waris faraid seperti anak angkat, anak saudara, sepupu, keluarga bukan Islam, pemberian untuk tujuan sedekah, infaq dan wakaf dan sebagainya. b) 2/3 daripada harta adalah untuk diagihkan kepada waris faraid
· Pemberian kepada waris Faraid melalui wasiat adalah tertakluk kepada hukum Faraid. · Jika Hasrat yang dinyatakan tidak mengikut hukum Faraid maka persetujuan daripada waris Faraid mestilah diperolehi sebelum pengagihan wasiat tersebut dilaksanakan. | · Pemberian melalui Hibah tiada had tertentu dan dibenarkan untuk diberikan harta kepada mana-mana benefisiari yang dikehendaki.
· Pemberian melalui hibah adalah tidak tertakluk kepada hukum Faraid |