Pri-Warisan
Pri-WARISAN adalah pakej untuk perkhidmatan pentadbiran harta pusaka. Ia merupakan satu pakej khas yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Berhad untuk menjimatkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dalam membiayai kos pentadbiran dan meringankan bebanan ahli waris mereka.

Sebagai sebuah syarikat amanah yang boleh dilantik sebagai wasi, as-Salihin Trustee Berhad komited untuk membantu masyarakat dalam menguruskan harta pusaka termasuklah menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka, ini termasuklah penutupan akaun bank, penyelesaian pinjaman dan hutang si mati, menyelesaikan cukai pendapatan, permohonan Geran Probet dan perintah berkaitan di Mahkamah Tinggi, urusan dengan pihak-pihak berkuasa tempatan, dan institusi-institusi kewangan.

Proses pentadbiran harta pusaka melibatkan kos serta perbelanjaan yang tinggi. Dengan melanggan pakej Pri-WARISAN, kos pentadbiran harta pusaka dapat dikurangkan melalui penjimatan yang ditawarkan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat pakej Pri-WARISAN ini, dan mendapatkan bantuan daripada Perancang Harta Pusaka Islam kami yang terlatih.
Manfaat Yang Diperolehi Melalui Pri-Warisan.
Pri-Warisan akan memberi manfaat yang besar kepada pelanggan sekiranya as-Salihin dilantik dan bertindak sebagai wasi seperti berikut :
- Nikmati kadar diskaun sebanyak 20% untuk fi pentadbiran harta pusaka.
- Nikmati kadar diskaun sebanyak 20% untuk fi pentadbiran harta amanah.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.