Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed

  • Bekas Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad (2018 – Mei 2020).
  • Bekas Pengerusi RHB Insurans Berhad (2017 – 2018).
  • Bekas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, RHB Bank Berhad (2011 – Mei 2020).
  • Bekas Pengurus Besar Kanan Ambank Berhad (2002 – 2005).
  • Bekas Pengurus Besar Kanan Maybank Berhad (1995 – 2002).

Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed merupakan mantan pengerusi RHB Islamic Bank Berhad dan RHB Insurans Berhad.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden, as- Salihin Trustee Berhad. Sebelum itu, beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun di Maybank iaitu salah satu institusi kewangan yang inovatif dan berjaya. Beliau telah memikul berbagai jawatan penting termasuklah tanggungjawab dalam mengurus semua cawangan-cawangan Maybank. Jawatan terakhir beliau di Maybank Berhad ialah Pengurus Besar, Bahagian Perbankan Pengguna. Beliau juga adalah bekas Pengurus Besar di Ambank Berhad dari 2002-2005.

Beliau telah memikul berbagai jawatan penting termasuklah tanggungjawab dalam mengurus semua cawangan-cawangan Maybank. Beliau bertanggungjawab membentuk kumpulan jualan yang pertama di bank tersebut dan memikul banyak tanggungjawab dalam menyusun strategi pengurusan portfolio yang berkaitan pelanggan, produk-produk dan perkhidmatan jualan yang merangkumi pinjaman pelanggan, kad kredit dan debit, deposit, stock/saham kemudahan perniagaan, Bancassurance serta saluran dan perkhidmatan penghantaran elektronik.

Sepanjang beliau berkhidmat dalam industri ini, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Persatuan Bank-Bank Malaysia dan beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting termasuklah sebagai seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi Maybank Property Trust dan Maybank Trustee Berhad. Beliau juga bertanggungjawab dalam memajukan model perniagaan Bancassurance di Maybank sejak ia dilancarkan pada tahun 1995 dan beliau turut memajukan perniagaan tersebut di Ambank. Sepanjang kariernya di dalam bidang perbankan, Encik Abdul Aziz Peru telah menghadiri pelbagai program latihan di Business School Harvard dan program-program latihan di Pacific Bankers di Amerika Syarikat.

Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed juga pernah memegang jawatan Pengarah di RHB Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, RHB Islamic International Asset Management Berhad,  PT RHB OSK Securities Indonesia, RHB Bank Cambodia Limited dan RHB Bank Lao Limited.

Scroll to Top