Pada masa sekarang, beliau menjalankan Konsultansi dan menjadi ahli lembaga kepada beberapa Syarikat Awam yang tersenarai. Beliau juga merupakan ahli di dalam Institute of Chartered Accountants, Malaysian Institute of Accountants, Malaysian Association of Certified Public Accountants dan Mensa International. Karier beliau menjangkaui lebih daripada empat puluh tahun di dalam perbankan dan perniagaan korporat. Beliau menjadi pelopor dalam bidang pelaburan bank, perkembangan bankers’ acceptances, jaringan ATM, unit amanah, insurans, cawangan broker saham, venture capital, penulisan wasiat dan perkhidmatan amanah.