Hajah Natlrah Binti Mohd Salleh

Beliau merupakan graduan dari Chartered Institute of Management Accountants, UK (CIMA) London School of Accountancy pada tahun 1981. Kemudian beliau telah menjadi Associate Member CIMA pada tahun 1989.

Pada tahun 1981 beliau telah memulakan kerjaya sebagai Eksekutif Pengurusan di Jabatan Kewangan dan Akaun di Petroliam National Berhad (Petronas). Beliau juga berkhidmat dalam menguruskan kewangan dan akaun di Petronas Dagangan Sdn Bhd pada tahun 1984. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Akauntan logi gas yang pertama di Kerteh, Terengganu bagi Projek Utilisasi Gas Semenanjung Malaysia selama 4 tahun 6 bulan.

Setelah itu, beliau telah ditugaskan ke Ibu Pejabat Petronas Gas Sdn Bhd sebagai Ketua Perancangan dan Pengurusan Jualan dan Kewangan dari tahun 1989 hingga 1991. Pada tahun 1992, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Jabatan Kumpulan Bajet di Ibu Pejabat Petronas. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kewangan dan Akaun di Petronas Maritime Services Sdn Bhd selama tiga tahun.

Pada tahun 1997, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kewangan dan Akaun di Gas District Cooling (M) Sdn Bhd sehingga tahun 2000. Sebelum beliau menamatkan kerjaya, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Pengurus Kanan Jabatan Kumpulan Akaun dan Perkhidmatan di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat Petronas dan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Kewangan Projek di bahagian yang sama.

Kini beliau merupakan Pengarah Bukan Eksekutif JGC (Malaysia) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat JGC Holdings Corporation (Japan).

Scroll to Top