Hak Harta Sepencarian Suami & Isteri

Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi oleh suami dan isteri bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di mana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut.

Harta sepencarian termasuklah harta alih seperti wang ringgit, kereta, saham dan sebagainya dan harta tak alih iaitu sebarang bentuk hartanah dan rumah atau apa-apa aset dan modal yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.

Undang-Undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia mengiktiraf sumbangan isteri keatas perolehan harta sepencarian samada sumbangan secara langsung berbentuk wang ringgit atau sumbangan kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka, penat lelah dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarganya dan pengorbanan juga dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung daripada pihak isteri dalam harta sepencarian.

Tuntutan Harta Sepencarian

Pihak-pihak boleh menuntut Harta Sepencarian melalui Mahkamah Syariah dalam tiga (3) keadaan iaitu apabila berlaku perceraian hidup diantara suami dan isteri, berlaku kematian suami atau isteri atau suami berpoligami.

Bagi tuntutan Harta Sepencarian selepas kematian, tuntutan boleh dibuat oleh pasangan yang masih hidup. Melalui tuntutan tersebut mahkamah akan mengiktirafkan harta-harta tertentu sebagai harta sepencarian dan menetapkan bahagian khusus pihak-pihak berkenaan. Bahagian khusus pihak-pihak berkenaan. Bahagian khusus tersebut akan dibahagikan terlebih dahulu kepada pasangan yang masih hidup sebelum harta tersebut dibahagikan menurut Wasiat dan Faraid sebagai harta pusaka.

Untuk kefahaman pembaca, berikut adalah urutan keutamaan pentadbiran dan pewarisan harta pusaka orang islam apabila berlaku kematian:

1. Menyelesaikan perbelanjaan pengebumian.
2. Menyelesaikan hutang piutang dunia dan akhirat.
3. Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian.
4. Melaksanakan wasiat.
5. Membahagikan baki harta mengikut Hukum Faraid.

Melalui Faraid, bahagian suami ke atas harta pusaka adalah sebanyak 1/2 atau 1/4 manakala bahagian isteri adalah sebanyak 1/4 atau 1/8. Justeru itu, melalui tuntutan harta sepencarian di mahkamah Syariah ia akan menambah serta membesarkan nilai dan bahagian suami atau isteri yang masih hidup ke atas harta berkenaan di samping kebajikan mereka akan lebih terjamin.

Kesimpulan

Undang-Undang Islam di Malaysia telah memberi hak harta sepencarian kepada pasangan suami isteri. Namun hak tersebut perlulah dituntut melalui proses yang panjang dan rumit serta kos yang tinggi.

as-Salihin Trustee Berhad, menawarkan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB) dimana melalui perjanjian ini pasangan suami dan isteri boleh merancang cara pembahagian harta sepencarian antara mereka. Melalui perjanjian ni juga, proses mahkamah yang panjang dan rumit dapat dielakkan.

Artikel ini disediakan oleh Amna Fazillah Binti Ismail, Timbalan Presiden as-Salihin Trustee Berhad

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.as-salihin.com atau FB Laman Rasmi as-Salihin Trustee Berhad atau hubungi talian 03-78809595 atau email general@as-salihin.com

Scroll to Top