Hak Pusaka Anak Dalam Kandungan

Adakah anak di dalam kandungan ibu layak menerima pusaka daripada bapanya yang meninggal dunia ketika bayi masih di dalam kandungan?

Syarat – syarat untuk mewarisi harta pusaka adalah waris perlu hidup pada waktu kematian simati. 

  • Bagaimana pula bagi anak yang masih dalam kandungan sewaktu kematian bapanya?
  • Adakah anak itu berhak untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh bapanya?
  • Adakah bayi yang bernyawa didalam Rahim ibunya dikira sebagai ‘Hidup’ pada waktu kematian bapanya atau tidak?

Hak Faraid bayi yang masih di dalam kandungan ibunya perlu disimpan sehingga beliau dilahirkan bernyawa dan beliau hidup walaupun beberapa ketika. Sekiranya bayi tersebut meninggal dunia di dalam kandungan atau dilahirkan dalam keadaan tidak bernyawa, maka beliau tidak berhak mewarisi harta pusaka bapanya. Bahagian yang telah disimpan atau di tahan untuk beliau tersebut akan diagihkan kepada waris Faraid yang lain.

Hak Faraid bayi di dalam kandungan adalah dijamin terpelihara. Penentuan bahagian Faraid beliau adalah berdasarkan jantina beliau setelah kelahiran.  Jika dilahirkan sebagai lelaki maka hak Faraidnya adalah bahagian lelaki dan jika dilahirkan sebagai perempuan, maka hak Faraidnya adalah bahagian perempuan Selagimana bayi tersebut masih di dalam kandungan ibu maka hak Faraid beliau akan ditahan, disimpan atau dipegang oleh pentadbir atau wasi bagi harta pusaka.

Artikel ini disediakan oleh Ahmad Nasarudin Husain,Eksekutif, as-Salihin Trustee Berhad.

Scroll to Top