Isi Kandungan
Apa itu Harta Pusaka Kecil?
Harta Pusaka Kecil merupakan harta yang ditinggalkan oleh Si Mati tanpa meninggal Wasiat. Ciri-ciri Harta Pusaka Kecil adalah:
- Jumlah nilaian kesuluruhan harta kurang daripada RM 2 Juta;
- Terdiri daripada harta tak alih (tanah/rumah) sahaja; atau
- Campuran harta tak alih (tanah/rumah) dan harta alih (wang tunai/saham/kenderaan/takaful/insuran)
(Sumber Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Sek. 3(2) Akta 98)
Pihak yang Boleh Memohon Pembahagian Harta Pusaka Kecil?
- Waris kepada si mati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa
- Syarikat Amanah seperti as-Salihin Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad.
- Majlis Agama Islam.
- Baitulmal.
- Pemiutang dan pengkaveat.
- Pembeli di bawah perjanjian jual beli yang sah.
- Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah si mati.
- Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah.
Kes Harta Pusaka Kecil
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia, Datuk Seri Takiyuddin Hasan berkata bahawa jumlah kes tunggakan pembahagian harta pusakakini mencecah 72,348, kata Menteri Tenaga dan Sumber, Datuk Seri Takiyuddin Hasan.
Daripada jumlah itu, beliau berkata, kes tunggakan tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 13,423 kes diikuti Selangor (10,358) dan Kelantan (7,414).
Berita Harian (2022), diambil semula daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/929668/lebih-72000-pembahagian-harta-pusaka-tertunggak
Proses Pentadbiran Harta Pusaka Kecil:
- Berlaku kematian.
- Harta milik si mati dibekukan.
- Penyediaan dokumen dan borang permohonan surat kuasa mentadbir dan pembahagian. Perbicaraan (Borang A dan Borang P) di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
- Unit Pembahagian Pusaka memproses permohonan.
- Mendapat Notis Perbicaraan.
- Hadiri perbicaraan dan membawa dokumen asal.
- Dapat Perintah Pembahagian / Surat Kuasa Mentadbir (Distribution Order).
- Penyelesaian hutang, pembahagian dan pindahmilik harta pusaka kepada ahli waris.
- Pentadbiran Harta Pusaka Selesai.
Proses Pengurusan Harta Pusaka Kecil ini mengambil masa minimum 4 bulan dan tertakluk kepada:
- Kelancaran penyediaan dokumen.
- Tarikh perbicaraan.
Perkhidmatan as-Salihin Trustee Berhad dalam Pentadbiran Harta Pusaka Kecil:
- Membantu waris untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
- Memberi panduan kepada waris tentang kaedah pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.
- Memberi panduan dan nasihat kepada waris Si Mati mengenai prosedur dan proses perbicaraan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).