Hukum Faraid Jika Suami Meninggal Dunia

Isi Kandungan

Setiap yang bernyawa pasti akan mati juga suatu hari nanti. Kematian adalah salah satu rahsia Tuhan yang kita sendiri tidak pasti bilakah hari itu akan tiba. Namun begitu, kehidupan perlulah diteruskan terutamanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Apabila berlaku kematian, pastinya akan ada harta yang ditingggalkan oleh si mati. Waris-waris Faraid si mati berhak menuntut hak Faraid mereka terhadap harta pusaka tersebut. Kebanyakan orang di luar sana masih kurang memahami hukum Faraid dengan jelas dan mendalam. Ini kerana, bila kita membincangkan mengenai hukum Faraid, ada 2 perkara penting yang perlu kita ambil tahu iaitu:

  1. Siapa yang Berhak?
  2. Berapakah Bahagiannya?

Mengikut undang-undang, waris yang sah perlu memohon sijil Faraid di mahkamah Syariah bagi menentukan siapakah waris yang berhak mendapat hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

Boleh rujuk pada blog berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Faraid seperti dinyatakan di atas :-

  1. Apa itu Hukum Faraid?
  2. Pembehagian Faraid bagi rumah dibeli di atas dua nama suami isteri

Ketahui Dokumen Perancangan yang Sesuai untuk Anda?

Dalam dunia Perancangan Harta Pusaka Islam, terdapat pelbagai jenis dokumen perancangan harta pusaka yang wujud, antaranya termasuk:

  1. Wasiat
  2. Hibah
  3. Deklarasi Harta Sepencarian
  4. Amanah; dan lain-lain dokumen.

Setiap dokumen mempunyai fungsi dan peranan serta keunikannya yang tersendiri dalam membantu umat Islam merancang harta pusaka dengan lebih terperinci dan teratur, namun pada topik kali ini kita akan membincangkan dua dokumen Perancangan Harta Islam yang popular dan sering digunakan di Malaysia iaitu WASIAT dan HIBAH.

[wptb id="11863" not found ]
1.IBU1/6Jika si mati meninggalkan anak/cucu daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai lebih dari seorang saudara
  1/3Jika si mati tidak meninggalkan anak/cucu daripada anak lelaki
kebawah atau mempunyai seorang saudara sahaja
  1/3 bakiJika si mati hanya meninggalkan isteri dan bapa
Sahaja
2BAPA1/6Jika si mati meninggalkan anak lelaki/cucu lelaki daripada anak lelaki kebawah (waris lelaki)
  AsobahJika si mati tidak meninggalkan anak/cucu daripada anak lelaki Kebawah
  1/6+AsobahJika si mati meninggal anak perempuan/cucu perempuan dari anak lelaki kebawah (waris perempuan)
3ISTERI1/8Jika simati meninggalkan anak/cucu daripada anak lelaki Kebawah
  1/4Jika simati tidak meninggalkan anak/cucu daripada anak lelaki kebawah
4ANAK LELAKIAsobahSi mati meninggalkan seorang anak lelaki sahaja
  Asobah SamarataSi mati meninggalkan lebih daripada seorang anak lelaki sahaja
  Asobah 2:1Si mati meninggalkan anak lelaki dan perempuan bersama
5ANAK PEREMPUAN1/2Si mati meninggalkan seorang anak perempuan sahaja
  2/3 SamarataSi mati meninggalkan lebih daripada seorang anak perempuan sahaja
  Asobah 2:1Si mati meninggalkan anak lelaki dan perempuan bersama

Kesimpulan

Senarai waris-waris Faraid  atas adalah dari golongan waris yang utama. Ini bermaksud, setiap daripada mereka berhak mendapat hak faraid masing-masing jika berlaku kematian kepada suami. Namun begitu, mengikut undang-undang, mereka semua boleh bersepakat atau bersetuju untuk melepaskan hak faraid masing-masing atau membuat pengagihan berdasarkan muafakat.

Oleh itu, janganlah kita terlalu memikirkan terhadap siapa yang berhak dapat hak Faraid terhadap harta yang bakal kita tinggalkan, tetapi dekatkanlah diri kepada pencipta dan rancanglah dengan baik terhadap pengurusan harta kita kelak melalui pelbagai cara contohnya seperti “WASIAT”.

Artikel ini disediakan oleh Ahmad Nasarudin Husain, Eksekutif, as-Salihin Trustee Berhad.

Artikel Berkaitan

Faraid Kalkulator
Scroll to Top