Kelebihan Memilih Kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) di as-Salihin Trustee Berhad

Peluang untuk menambah pendapatan | 03-7880 9595 | marketing@as-salihin.com

Sedikit tentang as-Salihin Trustee Berhad

Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, as-Salihin adalah sebuah Syarikat Amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang-orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak melalui perancangan harta Pusaka Islam.

Kelebihan kerjaya sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) yang ramai tidak tahu

Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih belum berwasiat dan belum membuat perancangan harta pusaka. Ini merupakan peluang keemasan kepada mereka yang ingin menceburi bidang perancangan harta pusaka atau mereka yang telah berada di dalam bidang perancangan kewangan.

Kelebihan #1 : Syarikat Amanah yang kukuh dan professional

as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat Amanah yang berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 & Akta Syarikat 2016. Syarikat ini ditubuhkan bagi membantu umat islam dalam merancang dan mengagihkan harta pusaka berdasarkan prinsip Syariah & undang-undang di Malaysia.

as-Salihin adalah syarikat Amanah yang telah berada dalam industri ini sejak tahun 2004 dan mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan perancangan harta pusaka yang lengkap serta pentadbiran harta pusaka & harta amanah umat Islam yang menepati prinsip Syariah dan undang-undang Malaysia.

Kelebihan #2 : Lesen seumur hidup

Lesen Perancang Harta Pusaka Islam adalah lesen seumur hidup yang hanya perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran. Anda boleh memilih samada lesen Individu atau lesen Korporat. Tiada Yuran tahunan.

Kelebihan #3 : Potensi pendapatan lumayan & berpanjangan

Anda mampu menjana pendapatan dengan hasil komisen yang menarik daripada pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat. Disini, kami menawarkan 2 jenis komisen kepada IEP, iaitu Komisen daripada aktiviti jualan produk dimana akan dibayar secara mingguan diantara 33% hingga 51% bergantung kepada jenis produk serta tahap IEP serta komisen daripada yuran pentadbiran harta pusaka (deferred income) bagi harta pusaka klien anda yang sedang ditadbir oleh as-Salihin sebanyak 24% dan komisen deferred income ini boleh diwarisi oleh waris anda jika anda telah meninggal dunia.

Kelebihan #4 : Pendapatan tanpa had

Anda berpeluang untuk menjana pendapatan tanpa had. Anda sudah boleh menentukan berapa dan sebanyak mana kenaikkan pendapatan anda bergantung kepada usaha anda untuk membuat jualan serta mengembangkan kumpulan/pasukan anda . Tiada siapa yang boleh menghalang anda selain diri anda sendiri. Anda juga berpotensi untuk menikmati komisen “overriding” daripada jualan kumpulan anda.

Kelebihan #5 : Potensi pasaran yang luas

Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia. Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih lagi belum berwasiat dan melaksanakan perancangan bagi harta mereka. Jadi ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda betul-betul fokus kepada perniagaan ini dan peluang anda besar untuk menjana pendapatan yang sangat tinggi

Kelebihan #6: Insentif istimewa & percutian percuma

Selain komisen, kami juga menawarkan pelbagai kategori insentif khas untuk IEP sekalian,antaranya adalah insentif bulanan, insentif setiap penggal, insentif setengah tahun dan insentif tahunan. Ganjaran insentif ini bukan sahaja berbentuk wang tunai malah, kami juga menyediakan pakej percutian menarik di dalam & luar negara secara percuma.

Kelebihan #7 : Diskaun terhadap wasiat sendiri & pasangan

Sebagai Iep anda dan pasangan anda layak menikmati diskaun istimewa ke atas penulisan wasiat.

Kelebihan #8 : Kursus Profesional lengkap & berjadual

Kami menyediakan kursus yang sistematik pada semua IEP. kami akan memberikan latihan serta penerangan yang lengkap sepanjang tempoh kursus. Modul Kursus kami adalah berstruktur dan komprehensif dimana ia merangkumi penerangan serta kemahiran berkaitan produk, teknikal serta cara- cara membina kerjaya sebagai IEP yang baik. Selain itu latihan/kelas secara intensif juga akan diberikan untuk menambahkan kemahiran dan skill IEP setelah tamat kursus.

Kelebihan #9 : Tiada syarat CPD Hour

CPD Hour adalah jam kredit bagi Pembangunan Profesional Berterusan. Syarikat tidak mensyaratkan pengumpulan CPD Hour untuk mengekalkan status aktif IEP. Namun, kami tetap menyediakan kelas-kelas tambahan bagi IEP untuk meningkatkan tahap ‘profesionalisme’ sebagai Perancang Harta Pusaka yang bertauliah.

Kelebihan #10 : Sokongan yang kuat dari pihak as-Salihin

Jabatan pemasaran serta pejabat di setiap wilayah memberi sokongan yang sangat kuat dan padu kepada para IEP. Kami sentiasa membantu IEP-IEP untuk bertemu dengan pelanggan, membuat ceramah kesedaran Perancangan Pusaka bagi pihak IEP secara percuma dan juga membuat kelas-kelas tambahan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran tentang produk kami dan isu-isu berkaitan perangan harta pusaka.

Kelebihan #11 : IEP Gathering 2 kali sebulan

Tujuan IEP Gathering adalah bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan antara IEP-IEP, malah ini juga merupakan platform untuk sama-sama membincangkan topik dan isu berkenaan perancangan pusaka dan berkongsi pengalaman berjumpa pelanggan. IEP Gathering ini dijalankan secara konsisten setiap bulan sebanyak dua kali.

Kelebihan #12 : IEP Portal

Kami telah membina IEP Portal dan sistem atas talian untuk membantu Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) menguruskan perniagaan mereka dengan efisien.

Kelebihan #13 : Masa kerja fleksibel

Sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), masa kerja adalah fleksibel. Anda bebas untuk menentukan masa mula kerja, masa berjumpa pelanggan dan masa cuti anda sendiri.

Kesimpulan,

Untuk gambaran dan penerangan yang lebih jelas tentang industri perancangan harta  pusaka Islam dan faedah-faedah menyertai kami sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP), anda dijemput untuk menghadiri Taklimat Peluang Perniagaan yang kami sediakan secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-7880 9595 atau emelkan kepada marketing@as-salihin.com

 

Scroll to Top