Pakar Perancangan Harta Pusaka Islam

Apakah nasib keluarga anda tanpa perancangan harta pusaka?

Harta Pusaka yang tidak dirancang dengan baik bakal menjadi permasalahan dan pertikaian ketika proses pembahagian harta setelah ketiadaan pemilik harta.

 

Tanpa dokumen perancangan harta yang sah dilaksanakan semasa hayat pemilik harta tersebut seperti Wasiat untuk pelantikan Pentadbir Harta dan agihan, Hibah, Perjanjian Harta Sepencarian menjadi punca permasalahan dan pertikaian tersebut.

 

Kesemua harta pusaka akan terbeku dengan lama sekiranya waris gagal mencapai kesepakatan. Ini kerana pemilik harta yang telah tiada tanpa sengaja meletakkan tanggungjawab pembahagian harta kepada semua ahli warisnya.
 
Berbeza dengan Harta Pusaka yang dirancang dengan dokumen yang sah, telah ada (wasi/pentadbir harta) yang telah dilantik pemilik harta untuk laksanakan pentadbiran serta pengagihan harta beliau mengikut terma-terma yang telah beliau tetapkan selagi mana tidak bertentangan dengan hukum syarak serta undang-undang di Malaysia.

as-Salihin Trustee Berhad menyediakan solusi yang komprehensif untuk mengelakkan permasalahan di atas dengan pakej Rancang Harta.

 

Melalui pakej Rancang Harta, harta pusaka anda dapat diwarisi kepada yang tersayang mengikut hasrat dan keinginan anda. Perancangan awal dapat mengelakkan waris atau ahli keluarga bergaduh dan bermasam muka setelah anda tiada.

 

Rancang Harta adalah perancangan harta pusaka yang lengkap yang memberikan impak yang positif kepada hubungan kekeluargaan dan juga waris anda.

Masa depan mereka di tangan anda!
Rancanglah dengan...

Rancang Hibah

Pakej Hibah dan Wasiat (2 Produk)

Pakej ini menyediakan satu dokumen pemberian harta mengikut hasrat pemilik harta khusus untuk orang kesayangan sama ada waris atau bukan waris bertujuan untuk menjamin dan memelihara hak-hak mereka. Tambahan satu dokumen wasiat untuk pelantikan pentadbir harta yang akan menguruskan pentadbiran harta dan liabiliti serta pengagihan harta.

Harga Kami

RM 2,500

Rancang Harta Sepencarian

Pakej Perjanjian Harta Sepencarian dan Wasiat (2 Produk)

Pakej ini menyediakan satu dokumen perjanjian persetujuan diantara suami dan isteri berkenaan pembahagian hak dan harta sepencarian. Tambahan satu dokumen wasiat untuk pelantikan pentadbir harta yang akan menguruskan pentadbiran harta dan liabiliti serta pengagihan baki harta.

Harga Kami

RM 2,500

Rancang Warisan

Pakej Wasiat dan Diskaun Pentadbiran Harta Pusaka (2 Produk)

Pakej merancang harta yang lengkap merangkumi pengagihan aset, pelantikan pentadbir harta serta pakej meringankan bebanan ahli waris yang ditinggalkan dengan tawaran 20% diskaun ke atas yuran pentadbiran pusaka

Harga Kami

RM 2,988

Pakej Keluarga

Pakej 2 Wasiat (2 Produk)

Pakej wasiat khusus untuk dua (2) ahli keluarga sama ada suami dan isteri, ibu/bapa dan anak atau dua (2) ahli keluarga terdekat. Penjimatan harga yang berbaloi untuk dua (2) wasiat.

Harga Kami

RM 3,000

Rancang Legasi

Pakej Hibah/Harta Sepencarian dan Wasiat dan Warisan (3 Produk)

Pakej eksklusif merancang harta secara komprehensif dan lengkap untuk orang kesayangan. Gabungan tiga (3) instrumen terdiri daripada hibah atau harta sepencarian, wasiat dan pakej diskaun 20% untuk yuran pentadbiran pusaka dan amanah. sangat berbaloi dan hak-hak orang kesayangan anda akan terjamin dan terpelihara.

Harga Kami

RM 3,988

Mengapa Rancang Harta di as-Salihin

Pakej Komprehensif​

Merangkumi aspek Dokumentasi, Pentadbiran & Pengagihan

Murah & Berbaloi

Harga yang lebih kompetitif berbanding pesaing yang lain

Klausa Tanpa Had

Tiada had penyenaraian harta dan syarat dalam dokumen

Tanpa Kerumitan

Pentadbiran dilakukan dari mula hingga akhir oleh as-Salihin

Cepat & Mudah

Dokumentasi siap dalam masa 7 hari bekerja sahaja

Testimoni Pelanggan Kami

Puan Aisyah

“Saya berasa amat lega kerana saya telah mewasiatkan semua harta saya kepada anak-anak.”

En. Khai​

“Rancang Hibah (Hibah+Wasiat) lebih berbaloi daripada produk tunggal kerana kombinasi keduanya amat murah.”

En. Zambrie

“Saya tak mempunyai anak lelaki, maka saya telah hibahkan aset-aset saya kepada kedua anak perempuan saya.”

Puan Wati

“Staff as-Salihin sangat membantu dalam proses penyediaan dokumen saya. Sangat cepat dan responsif.”

“Perancangan MANUSIA itu adalah USAHA, Perancangan ALLAH itu adalah TAKDIR”

Soalan Lazim

1) Bagaimanakah cara saya untuk membuat temujanji?

Selamat datang. Terima kasih kerana berminat dengan Pakej Rancang Harta as-Salihin Trustee Berhad.

Selepas anda mengisi maklumat pada borang sesi Konsultasi PERCUMA. Pegawai as-Salihin Trustee Berhad akan menghubungi anda melalui WhatsApp atau panggilan telefon untuk menetapkan tarikh temu janji secara atas talian atau secara bersemuka.

as-Salihin menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA melalui aplikasi Zoom atau secara bersemuka di lokasi berdekatan anda.

a) Maklumat Peribadi pemohon serta Salinan Kad Pengenalan (Warganegara) atau Salinan Passport (Bukan Warganegara)
b) Senarai Aset & Hutang
c) Menyatakan hasrat pemohon berkaitan kaedah pengagihan beserta maklumat penerima.
d) Melantik Wasi yang akan bertanggungjawab menguruskan hutang, harta pusaka dan melaksanakan pelaksanaan.
e) Melantik penjaga harta bagi anak bawah umur.

Proses Perancangan Harta ini akan diselia dan dibimbing oleh pegawai as-Salihin Trustee Berhad.

Proses penyediaan dokumen mengambil masa selama 3 sehingga 7 hari bekerja selepas pihak as-Salihin Trustee Berhad menerima dokumen yang lengkap beserta pembayaran deposit.

Tempoh masa diatas adalah bergantung kepada jenis produk Rancang Harta yang dipilih.

Tidak. Bayaran bagi pakej Rancang Harta adalah sekali sahaja semasa proses penyediaan dokumen.

Pelaksanaan pembayaran pentadbiran Rancang Harta akan dikenakan setelah berlakunya kematian pemohon.

Bayaran pentadbiran ini akan dijelaskan menggunakan harta yang ditinggalkan.

Anda boleh mengemas kini harta, hutang dan maklumat peribadi pada masa akan datang melalui portal Sistem E-PAI di laman web as-Salihin Trustee Berhad.

https://as-salihin.com/en/personal-asset-inventory-list-e-pai/

Muat turun E-PAI form

https://as-salihin.com/wp-content/uploads/2020/08/e-pai.pdf

Wasiat Hibah
1)    Ciri Dokumen
·       Wasiat adalah perisytiharan atau Hasrat yang dinyatakan oleh pemilik harta berkaitan harta dan pengurusannya. ·       Ia Berkuat kuasa selepas kematian ·       Hibah adalah pemberian harta yang dilaksanakan semasa pemilik harta masih hidup ·       Ia berkuat kuasa serta merta selepas pembentukkannya ·
2)    Apakah Fungsi
Fungsi utama Wasiat adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran harta serta penyelesaian hutang secara total dan cepat melalui pelantikan wasi/pentadbir. Hibah merupakan instrumen untuk menyatakan kaedah pengagihan harta tertentu kepada benefisiari tertentu.
3) Had Pemberian
·       Pengagihan harta melalui wasiat a)    Maksimum 1/3 daripada harta boleh diberikan kepada penerima yang bukan dikalangan Waris faraid seperti anak angkat, anak saudara, sepupu, keluarga bukan Islam, pemberian untuk tujuan sedekah, infaq dan wakaf dan sebagainya. b)   2/3 daripada harta adalah untuk diagihkan kepada waris faraid ·       Pemberian kepada waris Faraid melalui wasiat adalah tertakluk kepada hukum Faraid. ·       Jika Hasrat yang dinyatakan tidak mengikut hukum Faraid maka persetujuan daripada waris Faraid mestilah diperolehi sebelum pengagihan wasiat tersebut dilaksanakan. ·       Pemberian melalui Hibah tiada had tertentu dan dibenarkan untuk diberikan harta kepada mana-mana benefisiari yang dikehendaki. ·       Pemberian melalui hibah adalah tidak tertakluk kepada hukum Faraid
Scroll to Top