Isi Kandungan
Hak dan Kebajikan Isteri
Para suami yang ingin mengamalkan poligami atau telah mengamalkan poligami mestilah bertanggungjawab dan berlaku adil ke atas isteri-isterinya. Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh para suami ini adalah hak dan kebajikan isteri sedia ada serta isteri baru seperti berikut:
- Memberi layanan yang baik dan adil kepada isteri-isteri dari segi fizikal dan emosi
- Memberi Nafkah yang adil berdasarkan kebajikan dan keperluan setiap isteri dan anak-anaknya.
- Memberi giliran bermalam yang adil kepada setiap isteri-isteri.
- Merancang pembahagian harta pusaka kepada isteri-isteri secara adil mengikut keperluan setiap isteri.
- Memelihara hak ke atas harta sepencarian untuk isteri-isteri.
- Melantik pentadbir harta yang berwibawa untuk menguruskan harta dengan lancar dan adil serta tidak berpihak kepada mana-mana pihak apabila suami meninggal dunia.
Para suami perlu mengambil inisiatif Merancang Harta dengan segera agar hak-hak isteri dan anak-anaknya terjamin serta mengelakkan pertelingkahan keluarga apabila beliau meninggal dunia kelak.
as-Salihin Trustee Berhad menyediakan Pakej Rancang Harta bagi membantu keperluan keluarga poligami yang berharga serendah RM2,500:
Cara Rancang Harta Bagi Keluarga Poligami
Suami menyediakan dokumen Hibah untuk pemberian harta-harta tertentu untuk seseorang Isteri serta anak-anaknya mengikut keperluan mereka. Isteri-isteri ini boleh memiliki harta-harta tertentu tanpa berkongsi diantara mereka. Ini adalah lebih harmoni kerana setiap mereka mempunyai hak mutlak diatas pemberian tersebut dan boleh menikmati dan menguruskan harta harta tersebut secara bebas. Pemberian Hibah ini adalah tidak tertakluk kepada pembahagian Faraid dan digalakan pemberian Hibah ini dibuat dengan adil dan saksama.
Suami dan isteri-isteri memasuki satu perjanjian di mana kesemua mereka bersepakat tentang pembahagian Harta Sepencarian untuk setiap mereka. Melalui perjanjian ini pertelingkahan berkenaan tuntutan Harta Sepencarian dapat dielakkan dan perjanjian ini merupakan penyelesaian Harta Sepencarian secara muafakat dan harmoni. Tiada lagi pertikaian akan berbangkit di Mahkamah Syariah setelah perjanjian ini dilaksanakan semasa hayat pihak-pihak secara harmoni.
Suami dan isteri-isteri ini wajar merancang harta secara komprehensif mengambil kira kesemua keperluan isteri-isteri dan anak-anak serta penjimatan kos dan perbelanjaan pentadbiran harta pusaka.
Kesemua pakej merancang harta di atas adalah lengkap beserta jaminan perlaksanaan dokumen serta pentadbiran dan pengagihan harta dengan lancar dan tanpa bertangguh apabila berlaku kematian pihak-pihak berkaitan.
as-Salihin Trustee Berhad mempunyai pengalaman selama 18 tahun mentadbir harta pusaka dan harta amanah. Dimana kes-kes yang ditadbir adalah merangkumi kes monogami dan poligami. Berdasarkan pengalamaman as-Salihin Trustee Berhad mentadbir harta pusaka bagi kes poligami adalah lebih mencabar kerana melibatkan waris yang ramai serta setiap pihak ingin menjaga kepentingan masing-masing dan sukar mendaatkan permuafakatan. Melalui perancangan harta yang baik dan teratur serta melantik pentadbir yang berwibawa serta bebas kepentingan, pengagihan dan pentadbiran harta dapat dilaksanakan dengan lancar dan adil serta tanpa bertangguh.
Boleh rujuk pada artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara pembahagian harta seperti dinyatakan di atas :-
Artikel Berkaitan
Artikel ini disediakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan, Amna Fazillah Binti Ismail. Sebarang pertanyaaan berhubung Rancang Harta sila hubungi Pakar Perancang Harta Pusaka kami atau hubungi kami ditalian 03-78809595 atau email general@as-salihin.com serta lawati laman web kami www.as-salihin.com