Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Mengapa Anda Perlukan Sedangkan Ada Hukum Faraid

Bagi mengetahui mengapa anda perlukan Wasiat sedangkan sebagai umat Islam kita sedangkan sudah ada hukum faraid, kita perlu faham konsep Faraid dan konsep Wasiat.

Isi Kandungan

Isi Kandungan

Konsep Faraid

Apa Itu Hukum Faraid

Syarat bagi menerima Faraid ini adalah:

  1. Mempunyai pertalian darah;
  2. Seorang Muslim dan;
  3. Mempunyai pertalian perkahwinan.

Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran.

Ianya adalah mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak.

Boleh rujuk pada artikel: Apa Itu Hukum Faraid?

Siapakah yang berhak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid:

Waris utama berikut berhak untuk mewarisi harta si mati dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:

  1.      Suami
  2.      Isteri
  3.      Ibu bapa
  4.      Anak-anak

Berikut adalah di antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris serta tidak layak mewarisi harta si mati mengikut hukum Faraid:

  1. Anak angkat
  2. Ibu bapa angkat
  3. Ahli keluarga yang bukan beragama Islam
  4. Cucu daripada anak perempuan

Konsep Wasiat

Apa itu Wasiat?

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Lihat: Wasiat Menurut Islam? 

Wasiat berkuatkuasa selepas kematian dan ianya boleh dipinda oleh pewasiat.

Syarat Sah Wasiat dari Segi Undang-Undang?

Wasiat hendaklah bertulis.

  1. Pewasiat mestilah Islam dan dewasa
  2. Waras, tiada paksaan dan desakan daripada sesiapa
  3. Mestilah seorang yang tidak dilarang untuk mentadbir harta atau bankrap
  4. Wasiat perlu ditandatangani dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang lelaki Islam atau 4 orang perempuan Islam ketika wasiat ditandatangani.

Apakah Kepentingan Wasiat?

Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris. 

Wasiat juga boleh melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia.

Melalui penulisan Wasiat juga, anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.

Rujuk: Kepentingan Menulis Wasiat?

Siapakah Wasi/Pentadbir?

Wasi/Pentadbir adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Wasi/Pentadbir?

(i) Individu (Muslim, berumur 18 tahun ke atas)

(ii) as-Salihin Trustee Berhad

Apakah tugas Wasi?

(i) Mendapatkan Surat Kuasa/Probet

(ii) Mengenal pasti harta-harta dan hutang yang ditinggalkan

(iii) Mendapatkan Sijil Faraid

(iv) Melangsaikan Hutang simati

(v) Membahagikan harta pusaka simati

Perbezaan Wasiat dan Faraid

WASIAT

FARAID

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Faraid adalah satu hukum pewarisan harta pusaka bagi orang Islam yang telah dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran.

Perlaksanaan Pentadbiran Harta Pusaka dan Pengagihan Harta Pusaka kepada Waris dan Bukan Waris yang dinyatakan dalam Wasiat.

Berkait dengan Pengagihan Sahaja kerana Faraid adalah Hukum bagi menetapkan siapa yang berhak dan bahagian seseorang waris terhadap Harta Pusaka.

Dengan adanya Wasiat dapat

memberikan 1/3 daripada bahagian harta pusaka kita kepada seseorang yang bukan waris seperti:

a) Anak Angkat,

b) Keluarga Bukan Islam

c)  Sedekah

d) Wakaf

Waris utama berhak untuk mewarisi harta si mati dengan syarat mereka beragama Islam.

Waris seperti:

a) Suami

b) Isteri

c) Ibu bapa

Proses Pencairan Harta Pusaka Lebih Mudah dengan adanya Wasiat.

Proses Pencairan Harta Pusaka Lebih Sukar sekiranya tiada Wasiat.

Walau bagaimanpun, perkara yang penting dalam Penulisan Wasiat adalah Hukum Faraid.

Wasiat berkait rapat dengan Hukum Faraid kerana mengikut Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”

Rujuk Artikel: Bolehkah Wasiat kepada Waris Faraid Tanpa Ikut Hukum Faraid?

Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan ada Hukum Faraid

Anda perlu membuat Wasiat walaupun ada hukum faraid kerana dengan adanya Wasiat dapat memastikan PENTADBIRAN DAN PENGAGIHAN Harta Pusaka dapat dilaksanakan selepas kita meninggal dunia.

Ramai orang Islam menyangka bahawa harta mereka akan diagihkan terus kepada waris mengikut Faraid setelah mereka meninggal dunia.

Ramai tidak sedar bahawa:

  1. Selepas seseorang meninggal dunia, waris terpaksa melalui kepayahan terhadap proses pentadbiran sebelum harta boleh diagihkan mengikut Faraid.
  2. Proses Pengurusan Harta Pusaka Islam di Malaysia terbahagi kepada dua (2) aspek:PENTADBIRAN harta pusaka mengikut undang-undang Malaysia:
    • PENGAGIHAN harta pusaka kepada waris-waris.
    • Hukum Faraid pula hanyalah berkenaan PENGAGIHAN dan bukan PENTADBIRAN.
  3. Faraid tidak dapat dijalankan TANPA PROSES PENTADBIRAN.

Bagaimana Proses Pentadbiran dan Pengagihan Harta Pusaka dapat dilaksanakan melalui Wasiat?

  1. Perlantikan Wasi/ Pentadbir merupakan kunci dalam memastikan harta yang ditinggalkan tidak terbeku, dan menjamin harta dapat diagih kepada waris-waris yang ditinggalkan.
  2. Hal ini kerana, proses PENCAIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT melibatkan banyak prosedur dan agensi/institusi tertentu berbanding PROSES PENCAIRAN HARTA PUSAKA YANG BERWASIAT.
  3. Wasi yang telah dilantik oleh pewasiat sebelum kematiannya akan mentadbir harta pewasiat sesuai dengan kehendak dan pesanan yang diberitahu di dalam wasiat.
  4. Sekiranya tiada penulisan Wasiat atau apa-apa perancangan harta pusaka maka waris-waris berkemungkinan tidak dapat menerima harta yang ditinggalkan.

Kesimpulan

Oleh itu, dengan Merancang Wasiat bukan sahaja dapat menjamin pengagihan harta kepada waris-waris tetapi ianya akan membantu kita untuk:
  • Melantik pentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak bawah umur.
  • Mempercepatkan & memudahkan proses pengagihan harta serta perletakan hak kepada waris.
  • Melunaskan hutang (Dunia & Akhirat).
  • Pengecualian bon pentadbiran.
  • Pemberian kepada bukan waris (Cth: Anak Angkat, Sedekah dan lain-lain; terhad kepada 1/3 harta)
  • Menyampaikan pesanan terakhir.
Video: Puan Amna Fazillah Ismail | Mengapa Perlu Buat Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Artikel Berkaitan

Faraid calculator
Faraid Kalkulator

Kesimpulan

Kesimpulan

Scroll to Top