Pembahagian Harta Pusaka Seorang Mualaf dan Solusinya

Isi Kandungan

Isu-Isu Berkaitan Harta Pusaka Mualaf

1. Pentadbir Harta Pusaka

  • Mualaf tiada waris yang beragama Islam untuk dilantik sebagai Pentadbir Harta setelah kematian

2. Pengagihan Harta Pusaka

  • Mualaf tiada waris yang beragama Islam untuk mewarisi harta pusaka.
  • Mualaf berhasrat untuk memberikan harta pusaka kepada waris bukan Islam seperti ibu-bapa, anak, adik beradik dan orang kesayangan.
  • Mualaf tiada anak lelaki beragama Islam.

3. Penjaga Harta

  • Mualaf tiada waris beragama Islam yang boleh dilantik sebagai Penjaga Harta bagi anak-anak di bawah umur 18 tahun yang akan mewarisi harta pusaka peninggalannya setelah beliau meninggal dunia.

Pengenalan

Seorang Mualaf dan warisnya yang bukan beragama Islam adalah tidak saling mewarisi. Para ulama bersepakat dengan merujuk kepada hadis Rasulullah SAW daripada Usamah bin Zayd RA yang bermaksud:

“Orang Islam tidak mewarisi harta pusaka orang yang bukan Islam, dan orang yang bukan Islam juga tidak mewarisi harta pusaka orang Islam” (Riwayat Muslim)

Sebagai Solusi atau Penyelesaian bagi isu-isu di atas, seorang Mualaf hendaklah merancang harta pusaka beliau secara teratur dan komprehensif demi menjaga kebajikan waris-waris yang disayangi terutama bagi pemberian waris yang bukan beragama Islam. Membuat dokumen merancang harta yang lengkap untuk melantik wasi yang akan mentadbir harta pusaka serta merancang kaedah pengagihan harta.

Sebarang pemberian atau pembahagian harta pusaka seorang Islam hendaklah berlandaskan undang-undang dan hukum syarak. Melalui instrumen Wasiat, tidak melebihi 1/3 bahagian boleh diberikan kepada waris bukan Islam, orang yang tersayang atau sedekah jariah. Manakala 2/3 bahagian hendaklah diagihkan kepada waris Islam mengikut hukum Faraid. Namun melalui instrumen Hibah, pemberian kepada orang tersayang boleh diberikan secara maksimum dan tidak tertakluk kepada hukum Faraid.

Pembahagian Harta Pusaka Bagi Mualaf: Dengan Perancangan dan Tanpa Perancangan (Hukum Faraid)

1. Kematian Seorang Mualaf Tanpa Perancangan Harta Pusaka Dan Pembahagian Harta Pusaka Mengikut Hukum Faraid.

Rajah 1- Ilustrasi Pembahagian Harta Mengikut Sistem Faraid

Harta Nilaian Bersih: RM1,000,000.00*

Berdasarkan Rajah 1, setelah kematian seorang Mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam, harta pusaka beliau akan diagihkan mengikut pembahagian Faraid.

 Pembahagian Faraid Tanpa Perancangan Harta PusakaPembahagian Harta Pusaka Mengikut Wasiat
Waris Bukan Islam  
AyahRM0.00RM166,000.00
IbuRM0.00RM166,000.00
   
Waris Faraid  
Baitulmal (Baki Asobah)RM1,000,000.00RM668,000.00
   
Jumlah Pembahagian FaraidRM1,000,000.00RM1,000,000.00
Sekiranya seorang Mualaf atau Si Mati telah merancang harta pusaka beliau dengan baik, maka waris bukan Islam juga dapat menerima harta pusaka peninggalan beliau.

Apakah Baitulmal?

Baitulmal merupakan organisasi yang akan menerima harta pusaka Si Mati sekiranya beliau tiada waris yang beragama Islam atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-waris yang berhak.

2. Kematian Seorang Mualaf dengan Perancangan Harta Pusaka (Hibah & Wasiat)

Rajah 2 – Ilustrasi Pembahagian Mengikut Hasrat Si Mati

Harta Nilaian Bersih: RM1,000,000.00*

Berdasarkan Rajah 2, setelah kematian Bapa/Suami (Mualaf), waris faraid yang beragama Islam dan tidak beragama Islam diberikan bahagian terhadap Harta Pusaka Si Mati melalui instrumen Hibah dan juga Wasiat.

Ini kerana, Si Mati telah merancang pembahagian harta pusaka mengikut Hasrat beliau dan berdasarkan landas undang-undang dan hukum syarak yang dibenarkan.

Apakah Perbezaan antara Pembahagian Harta Yang Dirancang dengan Pembahagian Harta yang Tidak Dirancang?

Harta Nilaian Bersih: RM1,000,000.00*

Pembahagian Faraid jika Mati Tanpa Merancang Harta Pembahagian Mengikut Wasiat & Hibah (Rajah 2)
(Waris Faraid)
Isteri RM125,000.00 RM168,000.00
Anak Perempuan 1 RM333,000.00 RM236,000.00
Anak Perempuan 2 RM333,000.00 RM236,000.00
Baitulmal (Baki Asobah) RM209,000.00 RM69,000.00
Waris Bukan Islam
Ayah RM0.00 RM83,000.00
Ibu RM0.00 RM83,000.00
Anak Lelaki RM0.00 RM125,000.00
Jumlah RM1,000,000.00 RM1,000,000.00

Ilustrasi di atas adalah berdasarkan Hasrat Si Mati sahaja. Jumlah pemberian boleh ditambah atau dikurangkan selagi tidak melanggar hukum pewarisan keluarga Islam.

Menerusi kiraaan di Rajah 1 dan 2, dapat kita lihat perbezaan diantara kematian bagi seseorang Mualaf dengan Harta Pusaka yang dirancang dan tidak dirancang.

Ini sangat jelas apabila seseorang meninggal dunia tanpa meninggalkan dokumen perancangan harta, harta pusaka beliau akan difaraidkan kepada Waris Faraid sahaja.

Namun, dengan adanya dokumen perancangan harta pusaka seperti Wasiat dan Hibah, kebajikan Waris Faraid dan Waris Bukan Islam anda akan lebih terjaga.

Maksud:

  1.  *Harta Nilaian Bersih adalah jumlah harta peninggalan si mati setelah di tolak hutang piutang dunia (pinjaman bank, cukai, kad kredit, kos pentadbiran harta pusaka) dan akhirat (fidyah, badal haji, zakat).
  2.  Maksud Mualaf adalah Saudara Baru yang telah pun memeluk agama Islam
Scroll to Top