Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat dan Pusaka Kecil

Adakah anda mempunyai masalah harta pusaka terbeku disebabkan si mati tiada wasiat?

Anda sebenarnya memerlukan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka bagi mencairkan harta yang terbeku untuk diagihkan kepada waris yang berhak menerimanya.

Pekhidmatan pentadbiran harta pusaka merangkumi:

  1. Pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat.
  2. Pentadbiran harta pusaka kecil.

Anda mungkin masih belum jelas mengenai proses yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka samada bagi pentadbiran harta pusaka tanpa wasiat atau pentadbiran harta pusaka kecil. Artikel ini akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara penting serta proses yang anda perlu tahu mengenai pentadbiran harta pusaka:

  1. Pentadbiran harta pusaka: Mengapa anda perlu melantik syarikat amanah sebagai pentadbir?
  2. Kelebihan melantik syarikat amanah sebagai pentadbir
  3. Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat
  4. Proses Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat
  5. Pentadbiran Harta Pusaka Kecil
  6. Proses Pentadbiran Harta Pusaka Kecil

Pentadbiran harta pusaka: Mengapa anda perlu melantik syarikat amanah sebagai pentadbir?

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati. Pentadbir akan menghimpunkan semua harta  serta menyelesaikan hutang si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.

Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Kelebihan melantik syarikat amanah sebagai pentadbir

Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati.

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat

Kami sedia membantu anda menyelesaikan pentadbiran  harta pusaka peninggalan ibu bapa atau  ahli keluarga anda telah meninggal dunia  tanpa ada wasiat yang  masih belum ditadbir dan diagihkan kepada waris yang berhak.

Kami boleh mentadbir dan menyelesaikan  semua jenis harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang merangkumi perkara berikut:

  1. Harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2 Juta; atau
  2. Harta alih yang bernilai lebih RM 600,000 ke atas

Perkhidmatan kami:

  1. Bertindak sebagai Pentadbir
  2. Memfailkan Permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Sijil Faraid.
  3. Menghimpunkan dan menjalankan proses pencairan harta Si Mati.
  4. Melangsaikan hutang dunia dan akhirat.
  5. Membahagikan semua harta pusaka mengikut hukum syara’ / persetujuan waris.

Proses Pentadbiran Harta Pusaka Tanpa Wasiat

  • Berlaku kematian .
  • Harta milik si mati dibekukan.
  • Persetujuan waris untuk melantik as-Salihin Trustee Berhad sebagai pentadbir harta pusaka
  • Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi Sivil untuk mengesahkan dan memberi kuasa kepada as-Salihin Trustee Berhad untuk bertindak sebagai Pentadbir harta pusaka
  • Permohonan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah
  • Pencairan harta Si Mati dan penyelesaian hutang dunia dan akhirat
  • Permohonan perintah pembahagian.
  • Pembahagian dan pindahmilik harta pusaka kepada ahli waris.
  • Pentadbiran harta pusaka selesai.

Pentadbiran Harta Pusaka Kecil

Harta peninggalan Si Mati tanpa wasiat bernilai RM 2,0000,000.00 (RM 2 Juta) ke bawah.

Harta Pusaka kecil terdiri daripada:

  • Tanah
  • Tanah dan atau rumah
  • Tanah, rumah dan harta alih.

Perkhidmatan Kami:

Bagi pentadbiran harta pusaka kecil, kami menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Membantu waris untuk permohonan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
  • Memberi panduan kepada waris tentang kaedah pentadbiran dan pengagihan harta pusaka.
  • Memberi panduan dan nasihat kepada waris Si Mati mengenai prosedur dan proses perbicaraan di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).

Proses Pentadbiran Harta Pusaka Kecil

  • Berlaku kematian.
  • Harta milik si mati dibekukan.
  • Harta Tanpa Wasiat bernilai RM 2,000,000.00 (RM 2 Juta) ke bawah.
  • Penyediaan dokumen dan borang permohonan surat kuasa mentadbir dan pembahagian.
  • Perbicaraan di Unit Pembahagian Pusaka (UPP) di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG).
  • Pengeluaran perintah.
  • Proses Pencairan dan Pembahagian.
  • Pentadbiran Harta Pusaka Selesai.

Proses ini mengambil masa minimum 4 bulan dan tertakluk kepada kelancaran penyediaan dokumen dan Tarikh perbicaraan.

Artikel ini disediakan oleh Ahmad Nasarudin Husain,Eksekutif, as-Salihin Trustee Berhad.

Scroll to Top