Perjanjian Aset Perolehan Bersama
Apakah Harta Sepencarian?
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian“. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.
Perkhidmatan Harta Sepencarian di as-Salihin
Sering berlaku keadaan di mana benefisiari si mati tidak bersetuju dengan tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri.
Untuk mengelakkan masalah pertikaian keluarga yang yang tidak diingini berlaku selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang dinamakan Perjanjian Aset Perolehan Bersama iaitu satu instrumen pembahagian Harta Sepencarian.

Kelebihan Membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama
Pembahagian Mengikut Persetujuan Bersama
Kedua-dua pihak suami dan isteri boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
Melindungi Hak Suami Isteri
Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam perjanjian tanpa pertelingkahan.
Mempercepatkan Proses Pembahagian
Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
Menjimatkan Kos
Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
Tiada Pertelingkahan dan Pertikaian
Tiada pertelingkahan kerana perjanjian merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak.
Mudah dan Selesa
Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Perjanjian Aset Perolehan Bersama mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.