Pelantikan Wasi & Pentadbiran Pusaka

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Sekiranya pewasiat melantik Wasi individu beliau mungkin akan jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak berupaya atau enggan bertindak sebagai Wasi. Oleh itu, adalah lebih baik melantik badan korporat sebagai wasi berbanding individu.

as-Salihin merupakan sebuah syarikat amanah dan boleh bertindak sebagai Wasi. as-Salihin akan memastikan pentadbiran harta pusaka dilaksanakan dengan telus dan lancar.

Menulis Wasiat mungkin satu pilihan tetapi pemilihan Wasi yang tepat bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.

Kepentingan Pelantikan Wasi

Pengurusan harta pusaka yang sempurna adalah bergantung kepada pelantikan Wasi yang tepat dan berwibawa. Kesejahteraan dan kebajikan ahli keluarga anda adalah bergantung kepada Wasi yang anda lantik. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga hak keluarga anda dengan selamat. Sebaliknya pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.

Kelebihan Melantik as-Salihin Sebagai Wasi

as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (telah dipinda kepada Akta Syarikat 2016) dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Ia tertakluk dengan peruntukkan undang-undang, oleh itu benefisiari yang diamanahkan kepadanya adalah terpelihara dan dilindungi. Kewujudannya bersifat kekal dan bon jaminan dikecualikan sekiranya ia bertindak sebagai Wasi Utama atau Wasi Gantian.

Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Gantian bagi Wasiat anda. as-Salihin pakar di dalam bidang Syariah dan undang-undang serta sokongan daripada Lembaga Penasihat Syariahnya, akan memastikan hasrat anda dapat dilaksanakan dan proses pentadbiran harta pusaka berterusan sehingga ke pengagihan terakhir.

Perkhidmatan as-Salihin sebagai Wasi kepada Wasiat anda

Memohon Probet daripada Mahkamah Tinggi - lantiklah as-Salihin sebagai Wasi dan anda boleh memastikan proses penyelesaian harta simati akan mengambil tempoh yang singkat.

Memastikan pembahagian harta mengikut setiap arahan di dalam Wasiat anda.

Perlaksanaan terma di dalam Wasiat anda secara berkesan.

Memastikan pembahagian aset tersebut mengikut Faraid.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa Wasi anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Adalah penting untuk memastikan Wasi yang dilantik mampu serta layak menjalankan tugas bagi memastikan kebajikan si mati dan ahli keluarga terjaga.

Scroll to Top