Amanah
Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang individu atau sebarang entiti (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana individu atau institusi (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bukan untuk manfaat dirinya tetapi untuk manfaat dan kepentingan benefisiari samada ia individu atau sebaliknya.
Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Manakala benefisiari akan menjadi pemilik manfaat bagi aset amanah tersebut. Pemegang Amanah akan menguruskan harta yang diamanahkan berdasarkan arahan serta syarat yang telah ditetapkan.
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.
Menurut Islam Amanah dikenali sebagai Al-Amanah
Berikut adalah peruntukkan Al Quran yang menekankan kepentingan amanah :
Bentuk-bentuk Amanah
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :
Amanah Wasiat
iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat dan tertakluk kepada undang-undang perwarisan Islam.
Amanah Statutori
iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari yang belum dewasa samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat.
Amanah Hayat
iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah.
Perkhidmatan Amanah oleh as-Salihin Trustee Berhad
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam), Konsep Amanah menurut Islam boleh dibentuk untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan, perubatan dan saraan hidup. Amanah merupakan instrumen dan kaedah yang penting di dalam Perancangan Harta Islam.
Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Amanah yang dibenarkan oleh Islam dan komprehensif di mana kami akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi harta amanah tersebut. Amanah boleh dibentuk untuk perkara-perkara berikut:
- Pendidikan
- Saraan Hidup
- Korporat
- Kebajikan
- Takaful / Insurans
Kelebihan Membuat Pri-Hibah
Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.
Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
Setlor boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.
Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.
Tanggungjawab Pemegang Amanah
Pemegang Amanah memikul tugas yang berat. Ketika melaksanakan tanggungjawabnya, ia terikat dengan peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949).
Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut.
Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?
Anda berhak menentukan siapa Wasi anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Adalah penting untuk memastikan Wasi yang dilantik mampu serta layak menjalankan tugas bagi memastikan kebajikan si mati dan ahli keluarga terjaga.
