Pentadbiran Harta Pusaka
Tanpa Wasiat

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta si mati. Pentadbir akan menghimpunkan semua aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.

Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta  tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Sesungguhnya pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat dan memilih Pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.

Mengapa anda perlu melantik syarikat amanah sebagai Pentadbir?

Masalah yang akan berlaku adalah mengenai pelantikan Pentadbir  di mana  di  bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 menetapkan bahawa pentadbir perlu menyediakan  dua orang penjamin bagi membolehkan beliau mentadbir harta pusaka si mati, kecuali di dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka si mati. Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada Syarikat Amanah, di mana ia boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.

Perkhidmatan Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Sebagai syarikat amanah, as-Salihin Trustee Berhad juga menyediakan perkhidmatan pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat.

 

Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut :

Pentadbiran Harta Pusaka Kecil

as-Salihin boleh membantu waris Faraid untuk membuat permohonan Harta Pusaka Kecil di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di seluruh Malaysia. Ini terpakai bagi harta pusaka yang ditinggalkan bernilai kurang RM 5,000,000 merangkumi harta alih dan harta tak alih.

Kelebihan Membuat Pri-Hibah

Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Pri-Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrumen untuk membuat pembahagian sama rata untuk anak-anak.

Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.

Setlor boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia.

Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa Wasi anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda. Adalah penting untuk memastikan Wasi yang dilantik mampu serta layak menjalankan tugas bagi memastikan kebajikan si mati dan ahli keluarga terjaga.

Scroll to Top