Penulisan Wasiat
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaatnya untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh undang-undang Pewarisan Islam, selepas kematiannya.
Pembahagian Harta Tanpa Wasiat
Siapakah Waris Faraid menurut Islam?
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Waris utama berikut tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta si mati, dengan syarat mereka beragama Islam. Mereka adalah:
- Suami
- Isteri
- Ibu bapa
- Anak-anak yang sah
Sebagai contoh cucu bukanlah secara automatik menjadi waris dan hanya akan mewarisi dalam situasi tertentu.
Antara golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah :
- Anak angkat
- Anak tidak sah taraf
-
Ibu bapa angkat
- Ahli keluarga yang bukan beragama Islam
Kelebihan Menulis Wasiat
Kepentingan Wasiat Mengikut Undang-undang Di Malaysia
Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas kematian anda tapi yang lebih penting adalah bagaimana urusan pentadbiran harta pusaka anda dilaksanakan.
Melalui Wasiat anda berhak melantik Wasi/Pentadbir harta pusaka dalam kalangan individu atau syarikat amanah yang anda percayai dan yakin boleh melaksanakan tugas tersebut.
Pelantikan Wasi yang berwibawa akan mempercepatkan proses pencairan harta pusaka dan penyelesaian hutang piutang serta pengagihan harta pusaka anda kepada benefisiari yang berhak dengan telus, lancar dan sempurna.
Sudahkah Anda Menulis Wasiat?
Penulisan wasiat adalah sesuatu yang mesti dilakukan sekiranya anda mempunyai harta dan ahli keluarga malah menjadi kewajipan bagi mereka yang mempunyai hutang untuk menulis wasiat.
Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan segera, ketika anda waras dan sihat tubuh badan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat atau bertangguh. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menulis wasiat, anda boleh menghubungi as-Salihin.
as-Salihin adalah pakar perancangan harta pusaka Islam. Di as-Salihin, kami mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam urusan penulisan Wasiat dan Pentadbiran Harta Pusaka.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar: Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala.”
Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk anda.