Pri-Niaga

Pri-Niaga = Perancangan untuk memastikan kelancaran pindah milik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu.

Konsep

Merancang strategi untuk keluar daripada perniagaan apabila berlakunya kematian, tidakupaya, penyakit kritikal ataupun persaraan untuk :

  • Memastikan pemindahmilikan hak perniagaan dan kesinambungan berjalan dengan lancar.
  • Melindungi dan memelihara nilaian perniagaan untuk penjualan bahagian masing-masing.

Dengan Pri-Niaga, perkara yang perlu diambil kira ialah :

Perjanjian terhadap nilaian perniagaan.

Situasi penguatkuasaan diperjelas dalam perjanjian.

Mekanisme pembayaran/pembiayaan.

Pengagihan hasil penjualan ditentukan oleh pemilik perniagaan.

Kelebihan Pri-Niaga.

  • Harga jualan syer telah dipersetujui awal oleh pemegang-pemegang syer / rakan kongsi.
  • Perlindungan kewangan kepada waris.
  • Mekanisma pembiayaan syer telah ditentukan.
  • Waris yang tinggal tidak akan terlibat dalam perniagaan (sekiranya tidak berminat) apabila pemegang syer yang tinggal mengambil alih perniagaan.
  • Perniagaan boleh dijalankan seperti biasa dan pelanggan / pembekal mendapat jaminan dari kesinambungan perniagaan yang terjamin.
5a66e434419e5f0001589433_Web-Applications-and-Portals_.png

Tanpa Pri-Niaga

Rakan kongsi yang tinggal menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk membeli syer si mati. Waris si mati akan terlibat dalam perniagaan :

  • Tiada pengalaman.
  • Tidak bersepakat dengan rakan kongsi yang lain/wujud perselisihan faham dengan rakan kongsi yang lain tentang bagaimana perniagaan harus dijalankan.
  • Tidak berminat dengan perniagaan tersebut.

Mengapa biarkan orang lain membuat keputusan untuk mengagihkan aset anda selepas pemergian anda?

Anda berhak menentukan siapa yang akan mentadbir harta pusaka anda dan bagaimana harta pusaka anda ingin diagihkan selepas pemergian anda.
Scroll to Top