Pada masa ini, beliau merupakan Konsultan sepenuh masa, penulis dan kolumnis mingguan di dalam akhbar “New Straits Times”. Beliau terlibat secara aktif di dalam memberikan ceramah umum dan latihan kepada sektor awam dan swasta. Beliau merupakan bekas pensyarah pelajar-pelajar sarjana yang mengambil program luar kampus yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia di Alor Setar, Kedah.
Pada 17 Januari 2016, beliau telah dianugerahkan pangkat Dato’ Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa gelaran Dato’.