Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid
- Felo Penyelidik Bersekutu, Universiti Malaya.
- Pengerusi, Majlis Dakwah Negara.
Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Abd. Majid, merupakan Felo Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Dakwah Negara. Beliau mempunyai beberapa Ijazah yang berkenaan dengan Syariah daripada Malaysia dan luar negara, iaitu, Bachelor Syariah dari Nilam Puri, Master Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Master Falsafah daripada Universiti Kent dan Doktor Falsafah daripada Universiti Malaya.
Beliau juga mempunyai Diploma Pendidikan daripada Ain Shams di Mesir. Beliau menjadi Dekan di Fakulti Syariah Universiti Malaya dari tahun 1985 sehingga 1990 dan kemudian bertugas sebagai pengarah di Akedemi Pengajian Islam di Universiti Malaya daripada 1995 sehingga 2003. Bidang beliau meliputi tiga cabang iaitu, Sejarah Undang-undang Islam, Prinsip Pengajian Islam dan Pentadbiran Undang-undang Jenayah Islam.
