Prof. Madya Dr. Jasni bin Sulong

Profesor Madya Dr. Jasni bin Sulong, yang kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, telah memantapkan dirinya sebagai ahli akademik yang terkenal dengan tumpuan kepada pengajian Islam.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya sejak tahun 2006. Pada masa kini, beliau merupakan Dekan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Islam bagi Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta Ahli jawatankuasa Jabatan Mufti Pulau Pinang.

Profesor Madya Dr. Jasni juga terlibat secara aktif dalam bidang penyelidikan dan penulisan serta mempunyai kepakaran dalam undang-undang Pewarisan dan Wasiat Islam serta Undang-Undang Pentadbiran Islam di Malaysia.

Penyelidikan dan penulisan beliau dalam bidang Undang-Undang Pewarisan Islam antaranya adalah “Pendekatan al-Munasakhah dalam Kes Faraid Berangkai” (Al-Munasakhah Approach in the Case of the Manifold Faraid), pengarang bersama Zahari Mahad Musa dan Muhammad Anas Muhammad, diterbitkan pada tahun 2021 oleh Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.”Penyeragaman Fatwa & Kaedah Pelaksanaan dalam Pindahmilik Harta” (Standardization of Fatwas & Methods of Its Execution in the Property Transfer) yang dikarang bersama Muhammad Fathullah Muhamad Asni, diterbitkan pada tahun 2019 oleh Universiti Sains Islam Malaysia. “Faraid A – Z” tulisan bersama Zahari Mahad Musa, diterbitkan pada tahun 2019 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dan “Kes-kes Faraid Khas Huraian & Penyelesaian” (Special Faraid Cases Description & Settlement), yang dikarang bersama Zahari Mahad Musa, diterbitkan pada tahun 2013 oleh Penerbit USIM. “Pembaharuan Undang-undang Pentadbiran Pusaka Islam” (Reform in the Islamic Inheritance Administration Law), telah diterbitkan pada tahun 2011 oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia, “Pemilikan Bersama Tanah Pusaka: Realiti, Masalah dan Cabaran tulisan Bersama Mohad Marbawi Taha dan Mohd Nasir Ayub (2015) – Esteen Academic Jurnal. “Fatwa concerning Qabd in Hibah and the insertion of Qabd element in states Fatwa in Malaysian, Journal of Islamic Studies, dan ”Konsep A’Addah dalam Pengurusan Pindahmilik Harta Pusaka, Esteem Academic Journal”. “The Implication of Religious Conversion towards Muslim Inheritance under Malaysian Law”, International Journal of Liberal Arts and Social Science.

Scroll to Top