Puan Raja Noorma binti Raja Othman
- Bekas Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad (2018 – Mei 2020).
- Bekas Pengerusi RHB Insurans Berhad (2017 – 2018).
- Bekas Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, RHB Bank Berhad (2011 – Mei 2020).
- Bekas Pengurus Besar Kanan Ambank Berhad (2002 – 2005).
- Bekas Pengurus Besar Kanan Maybank Berhad (1995 – 2002).
Puan Raja Noorma binti Raja Othman telah berpengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor perbankan, pengurusan aset dan korporat. Sebelum beliau bersara pada tahun 2018, beliau merupakan Ketua CIMB Bank Berhad Cawangan London pada tahun 2015 hingga tahun 2018.
Beliau juga merupakan Pengarah bagi Kumpulan Pengurusan Aset di CIMB Investment Bank Berhad (“CIMB IB”) pada tahun 2007 hingga tahun 2015 dimana beliau bertanggungjawab mengawal selia aktiviti perniagaan pengurusan aset bagi kumpulan CIMB.
Pada masa yang sama, beliau juga telah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB-Mapletree Management Sdn Bhd, beliau juga adalah penasihat kepada Dana Hartanah persendirian.
