SERTAI KAMI SEBAGAI IEP
Perkhidmatan Perancangan Harta Pusaka Islam adalah satu industri yang sedang giat berkembang di Malaysia.
- Dianggarkan 85% Muslim di Malaysia masih lagi belum berwasiat dan melaksanakan perancangan bagi harta mereka.
Jadi ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.
Mengapa anda perlu memilih kami?
Syarikat Amanah Berwibawa
as-Salihin Trustee Berhad merupakan sebuah syarikat amanah yang berdaftar bawah Akta Syarikat Amanah 1949. Syarikat ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam serta memelihara, melindungi dan mengagihkan harta umat Islam berdasarkan prinsip Syariah.
Lesen Seumur Hidup
Yuran lesen Perancang Harta Pusaka Islam atau ‘Islamic Estate Planner (IEP) hanya perlu dibayar sekali sahaja iaitu semasa pendaftaran mengikut jenis lesen samada Individu atau Korporat.
Tiada Syarat CPD Hour
Jam kredit bagi Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) tidak diperlukan. Kami menyediakan sistem sokongan latihan dan pemasaran secara berterusan bagi meningkatkan kompetensi serta tahap profesionalisme IEP.
Potensi Pendapatan Lumayan & Berpanjangan
Anda mampu menjana pendapatan dengan hasil komisen yang menarik daripada pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Lebih menarik, pendapatan anda boleh diwarisi.
Insentif Istimewa & Percutian Percuma
Kami menyediakan ganjaran yang menarik berupa insentif wang tunai dan bukan wang tunai termasuklah pakej percutian percuma di dalam & luar negara.
Lebih 85% umat Islam di Malaysia masih tidak mempunyai Perancangan Harta Pusaka Islam.
as-Salihin memerlukan kerjasama anda sebagai Perancang Harta Pusaka Islam (IEP) untuk membantu memenuhi keperluan umat Islam bagi memelihara, melindungi dan mengagih harta berdasarkan prinsip Syariah.
HADIR KE TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN SECARA ONLINE
Untuk mendapatkan penerangan yang jelas tentang industri perancangan harta pusaka Islam dan faedah-faedah sebagai Perancang Harta Pusaka Islam.
Anda dijemput untuk menghadiri Taklimat Peluang Perniagaan yang kami sediakan secara PERCUMA.
HADIR KE TAKLIMAT PELUANG PERNIAGAAN
Untuk penerangan yang jelas tentang industri perancangan harta pusaka Islam dan faedah-faedah menyertai kami sebagai Perancang Harta Pusaka Islam.
Anda dijemput untuk menghadiri Taklimat Peluang Perniagaan yang kami sediakan secara PERCUMA.
12 Julai 2023 | Satu jalinan kerjasama telah dimeterai di antara Hidayah Centre Foundation yang diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Joannes Lukas dan wakil daripada as-Salihin Trustee Berhad iaitu Tuan Haji Abdul Aziz Peru Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif.
Dalam majlis tersebut, Tuan Joannes Lukas selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif HCF berharap agar kerjasama strategik ini dapat bersama membantu HCF menjayakan misi “Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf” melalui inisiatif pengurusan aset dan harta pusaka yang menjadi kepakaran as-Salihin Trustee Berhad.
Misi jalinan kerjasama as-Salihin Trustee Berhad dan Hidayah Centre Foundation ini adalah:
1) Memperkasakan lagi komuniti saudara-saudara baharu (mualaf) di seluruh Malaysia beserta pengurusan harta pusaka islam.
2) Meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap kewajipan membantu usaha dakwah dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
Semoga kerjasama dan hubungan yang erat dapat mengukuhkan lagi pengetahuan dan kepentingan merancang harta pusaka secara komprehensif.
Soalan Lazim
Perancang Harta Islam beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip syariah Islam, sementara Perancang Harta Konvensional beroperasi mengikut undang-undang sivil dan peraturan kewangan konvensional.
Perancang Harta Islam mempertimbangkan aspek-aspek seperti pewarisan harta yang adil, pematuhan terhadap hukum Islam dan pengurusan harta mengikut prinsip-prinsip syariah.
Perancang Harta Islam membantu masyarakat Muslim dengan menyediakan nasihat dan bimbingan profesional dalam perancangan harta mereka mengikut syariat Islam.
Mereka membantu menguruskan harta benda, menyusun wasiat, melibatkan amanah, serta memberikan penyelesaian yang sesuai dengan ajaran Islam untuk pengurusan harta dan pewarisan.
Keperluan modal awal atau yuran untuk menyertai Perniagaan Perancang Harta Islam boleh berbeza bergantung kepada lesen Individu atau lesen Korporat yang dipilih.
Kos pembayaran hanya dibayar sekali sahaja seumur hidup dan tiada yuran tahunan akan dikenakan.
Jangkaan pendapatan dalam perniagaan Perancang Harta Islam bergantung kepada pelanggan, skop perkhidmatan yang ditawarkan dan kejayaan perniagaan.
Sebagai seorang Perancang Harta Islam yang berjaya, anda boleh mendapatkan perndapatan yang baik melalui perkhidmatan konsultasi, bayaran komisen daripada pelanggan, dan potensi pengembangan kumpulan/pasukan anda.
Pendapatan dan ganjaran juga boleh meningkat seiring dengan reputasi dan kebolehan anda dalam memberikan nasihat dan penyelesaian berkualiti.
Ya, as-Salihin Trustee Berhad memyediakan peluang pengembangan profesional dan kemajuan kerjaya dalam bidang Perancang Harta Islam.
Kami menyediakan kursus-kursus dan seminar yang berkaitan untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan anda dalam perancangan harta Islam.
Modul kursus yang disediakan adalah berstruktur dan komprehensif yang boleh meningkat kredibiliti anda dan membuka pintu kepada peluang kerjaya yang lebih baik.
Ya, nda mendapat 70% diskaun bagi Dokumen Wasiat setelah menjadi Perancang Harta Pusaka Islam (IEP)